“dia baru lagi cerai, tak manis..”- terkejut Yusuf Haslam tiba2 masuk, Sarah apa yg bapa mertua lakukan..

Kuala Lumpur : Kemunculan penerbit filem dan pengarah, Datuk Yusof Haslam, 69, dalam program Sepahtu Reunion bersama menantunya, Puteri Sarah Liyana, malam kelmarin memang kejutan untuk pelakon itu.

Yusof berkata, Puteri Sarah, 38, memang tidak tahu-menahu langsung beliau yang diundang pihak produksi untuk muncul ‘cameo’ sebagai bapanya dalam program siaran langsung berkenaan.

“Semuanya secara kebetulan dan bukan dirancang. Puteri Sarah memang tidak tahu siapa yang jadi bapa dia untuk program itu kerana satu kejutan buatnya. Saya pun dihubungi oleh pihak produksi jam 4 petang, minta muncul ‘cameo’ pada malam itu.

“Saya juga kebetulan diberitahu Puteri Sarah yang terbabit dalam program itu. Jadi, saya kata okaylah sebab memang ‘free’ malam itu, kecualilah ada nak keluar minum kopi dengan kawan,” katanya kepada Harian Metro.

Yusof berkata, beliau muncul dengan tiada skrip dan hanya faham berdasarkan jalan cerita yang diterangkan oleh pihak produksi kepadanya dan segala dialog dituturkan adalah spontan.

“Saya diperjelaskan mengenai jalan cerita untuk program Sepahtu Reunion itu kurang sejam sebelum muncul. Tak ada skrip dan hanya adlib saja,” katanya.

Dialong ‘menantu aku’ yang diluahkan Yusof cukup menarik perhatian penonton dan netizen, selain tindakan Puteri Sarah bersalaman dan memeluk bekas bapa mentuanya itu membuat ramai sebak.

“Aku sedar, sejak menantu aku bergelar janda, ramai yang nak ‘try’ (cuba mengurat). Jangan ‘try’, dia baru lagi (cerai), tak manis,” katanya dalam program itu sebagai peringatan kepada Jep dan Rahim.

Terdahulu, Puteri Sarah yang bernikah dengan pengarah filem, Syamsul Yusof, 39, pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.