Anak Shuib Pertikai Sikap Netizen,”Yang Tak Bertudung Pun Ada Hati & Iman”

Isu penilaian luaran kembali diperkatakan.
Anak kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, tampil bersuara di media sosial mempertikaikan tanggapan segelintir masyarakat yang mudah menghukum wanita tidak bertudung atau ‘free hair’ sebagai berdosa dan kurang baik.

“Kenapa orang suka sangat hukum dari luaran? Free hair tak semestinya tak baik,” tulisnya, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Luahan ini telah membuka perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial, terutama tentang pentingnya berhenti menilai seseorang hanya dari penampilan.

Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Thalita meluahkan rasa hairan mengapa segelintir individu gemar untuk menghukum golongan yang tidak berhijab.

Menurut laporan Xtra, Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Thalita Zahra, 12 berkata dia boleh menerima teguran dengan hati terbuka sekiranya individu tersebut menggunakan nada baik tanpa kritikan negatif.

Anak Shuib harap netizen tegur dengan adab…

- IKLAN -

“Sumpah, saya tak faham kenapa segelintir orang rasa yang ‘free hair’ ni banyak dosa and mereka juga akan menghukum sebab tak pakai tudung. Sekurangnya, dia bukan pakai tudung untuk ‘style’.

“Saya perasan sekarang yang pakai tudung ni selalu menghukum orang yang tak pakai tudung. Ye, boleh tegur, tapi tegur bertempat dan elok-elok,” katanya.

Untuk makluman, Thalita kini mula berjinak dengan bidang nyanyian malah, dia sering mendapat pujian daripada netizen kerana memiliki suara yang merdu persis arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin.

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Sumber: Xtra