Kakak dedah bapa guna gaji Asif Suhaimi untuk beli dadah & main judi

Kakak kepada YouTuber terkenal, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina telah mendedahkan perihal tindakan bapanya yang menggunakan bayaran diterima remaja itu dari Syahmi Sazli Production untuk kegunaan yang tidak baik.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Atina menyatakan bapa mereka telah menggunakan duit Asif untuk membeli dadah dan juga bermain judi.

Tergamak hisap dadah depan anak OKU
Dia juga dengan terang-terangan mengatakan yang bapanya tergamak menghisap dadah di hadapan Asif yang merupakan insan kelainan upaya (OKU).

Bapa sendiri fitnah makan duit Asif
Perkara tersebut terpaksa didedahkan kerana tidak tahan dengan fitnah yang dilempar bapa sendiri kepadanya yang dikatakan mengambil duit hasil kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek Syahmi Sazli.

Satu kampung tahu Suhaimi tu macam mana
Ujarnya, angka RM7,000 yang diterima dari Syahmi itu tidak sepenuhnya diberikan kepada bapa mereka kerana boleh dikatakan satu kampung dan juga ahli keluarga tahu mengapa perkara tersebut dilakukan.

Atina juga mengatakan yang RM3,000 baki selepas sebahagiannya diberi kepada bapa telah digunakan untuk keperluan Asif.

Perkara tersebut juga bukan kali pertama terjadi kerana pernah berlaku sekitar 2019 apabila lelaki itu memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya memberikan gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran.

Bapa tak henti2 sebar fitnah
Ujar kakak kepada Asif itu lagi, kesabarannya sudah habis kerana pelbagai kerenah bapa yang dikatakan menggunakan duit yang ada untuk membeli dadah.

Ujarnya, dia rela berdosa membuka aib keluarga kerana sudah penat dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan bapa sendiri terhadapnya berkaitan bayaran Asif.

Untuk rekod, Asif Suhaimi atau nama sebenar Mohamad Asyiff Suhaimi merupakan YouTuber yang sering terlibat dalam projek drama dan filem dari Syahmi Syazli.

Dia yang merupakan remaja OKU turut pernah menggenggam trofi Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020.

Sumber: Faebook Siti Nur Atina

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*