Anwar Kembali Tenangkan Rakyat, Epal & Oren Bebas Dari Cukai SST!

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dah umum buah epal dan oren tak akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai ni.

Sebelum ni, ramai yang kecoh sebab Anwar kata cukai SST ke atas buah import macam avokado ni cuma akan bagi kesan pada golongan kaya. Tapi ramai pula yang risau sebab buah-buah lain termasuk epal dan oren pun kena cukai, dan ini boleh bebankan golongan B40 yang masih suka makan buah ni.

Anwar faham betul keresahan ni. Dia cakap, “Saya nampak ramai yang risau sebab ada orang miskin masih makan epal dan oren import sebab murah.” Jadi dia bagi kelonggaran sikit, epal dan oren akan dikecualikan daripada cukai ni.

Selain tu, buah-buah tempatan memang tak kena cukai sebab tak termasuk dalam barangan yang kena SST.

- IKLAN -

Anwar juga ada sembang pasal mitos yang kita selalu dengar, “Makan sebiji epal sehari boleh bagi kesihatan.” Tapi dia kata lagi, sebenarnya makan pisang sebiji sehari lagi bagus sebab ada kalium yang tinggi.

Dia juga cerita, ada tanam avokado di Sabah, tapi pengeluaran tempatan tak cukup nak penuhi permintaan. Jadi, masih kena import buah-buah macam mangga dan avokado.

Walaupun macam tu, keputusan nak kenakan cukai ke atas buah import sebelum ni dapat kecaman dari ramai pihak, termasuk pemangku presiden Parti Muda, Amira Aisya Abd Aziz. Dia kata kerajaan cuba alihkan fokus rakyat dengan cerita yang mengelirukan, dan anggap cukai SST ni bebankan rakyat.

Apa-apa pun, yang penting sekarang epal dan oren dah selamat dari cukai SST. So, jangan risau sangat, boleh lah terus makan buah-buah kegemaran korang!