“Apa perasaan yg menyakiti Bella bila tengok keadaan Bella..? ” -Netizen
HAMPIR seminggu menunaikan ibadah umrah, pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur diberi kesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah itu.
Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, menyifatkan keberadaannya di sana dapat menenangkan hatinya yang selama ini penuh kebimbangan.
“Makkah adalah tempat hati mendapat ketenangan, ketika kita menyerahkan kebimbangan dan keinginan kita kepada Allah.
Bella menangis ketika melihat Kaabah.
“Terima kasih ya Allah kerana menjemputku menjadi tetamuMu. Tidak terungkap dengan kata-kata atas segala nikmat dariNya,” katanya.
Bella berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada petang Jumaat yang turut memaparkan dirinya sebak melihat Kaabah.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, dia juga dilihat menangis sambil mengurut dada sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakan jemaah.
Perkongsian tersebut meriah perhatian ramai yang rata-rata berharap pelakon berkenaan dapat mencari ketenangan selepas berdepan pelbagai cabaran hidup.
“Menangislah sepuasnya… Selamat mengadu sepuasnya pada Allah, Bella. Selamat mengubat hati yang telah lama terluka
“Bella tengah mencari ruang untuk melepaskan. Disaat Bella sapu dada itu, terasa betapa sakitnya menusuk ke jiwa,” antara komen netizen.
Bella berangkat mengerjakan umrah pada 14 Julai lalu.
Pada 13 Mac lalu, Bella nekad memfailkan cerai terhadap pelakon Aliff Aziz selepas bekas suaminya dicekup khalwat dengan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 9 Mac 2024.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.
Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Kredit-mstar