“Pelajar hentam mkcik kantin..” -Netlzen, kalini Murid dedah sisi gelap Mknan kantin
Semalam heboh mengenai rungutan seorang ‘makcik kantin’ yang mendakwa guru menjual makanan kepada pelajar, di mana perbuatan itu adalah jelas bertentangan dengan peraturan.
Menurut pengusaha kantin berkenaan, dia telah lama membuat pemerhatian dan mendapati penjualan makanan itu dibuat setiap hari, walaupun tahu pihak sekolah ada menyediakan kantin.
Makanan di kantin teruk
Bagaimanapun, tampil seorang pelajar mempertahankan gurunya dan menjelaskan kiosk tersebut di bawah Program Tunas Niaga (PROTUNE) serta telah lama dibuka.
“Kiosk ini daripada dah ada dan memang ada kelab Protune. Owner kantin baru ni je yang bising, sebelum ini elok je. Rezeki masing-masing, tak payah nak ada istilah Makcik Kantin teraniaya.
“Yang tahu je tahu, betapa teruknya makanan kantin sekolah ini. Dah banyak kali aduan dibuat, tetapi masih tiada apa-apa tindakan. Apa salahnya biasakan pelajar dengan bisnes?” kata pelajar tersebut.
‘Jangan sampai kami boikot’ – Pelajar
Maka dari komen itu, beberapa pelajar lain turut mendedahkan luahan ketidakpuasan hati mereka terhadap kantin sekolah yang menjual makanan tidak berkualiti dan mengenakan harga di luar kemampuan pelajar sekolah.
“Makanan yang cikgu jual tu lagi sedap berbanding kantin. Sebelum nak sound cikgu kami macam tu, pastikan makcik kantin jual makanan sedap ye. Jangan sampai kami boikot kantin sebab makanan macam dalam penjara dan harga yahudi,” kata pelajar lain.
‘Tengok kantin sekolah, hilang selera makan’ – Pelajar
Kredit- Oh! Media