Athira adalah first love Hafidz. Selepas bercerai dengan Shu, barulah kedua-duanya jalin hubungan semula & rancang berkahwin.
Video ijab qabul yang dimuat naik menerusi Instagram Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada sebentar tadi akhirnya menamatkan teka-teki mengenai status hubungan mereka. Dalam sebuah majlis yang berlangsung di Selangor pada malam tadi, kedua-duanya selamat menaut ikatan sebagai suami isteri.
Athira Yuhada adalah cinta pertama Hafidz Roshdi…Berkawan sejak usia 15 tahun
Dalam laporan bersama @mStar Online, pelakon drama ‘Bisik-Bisik Cinta’ ini mendedahkan Athira merupakan cinta pertamanya. Menjadi sahabat sejak usia belasan tahun lagi, Hafidz akui kedua-duanya pernah bercinta suatu ketika dahulu. Selepas penceraian dengan Nur Shuhada selesai, barulah mereka menjalinkan hubungan sebelum mengambil keputusan berkahwin.
Syukur Allah beri peluang jadi suami sekali lagi..Akan jalankan tanggungjawab dengan baik
Sedar keputusan bernikah ini mengundang pelbagai persepsi negatif, Hafidz bagaimanapun berkata dia enggan mengambil pusing tentang kata-kata kecaman orang luar. Apa yang pasti, dia menzahirkan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki dan peluang untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Athira ada ketika susah senang Hafidz sejak dulu lagi
Ditanya mengenai kelebihan Athira yang membuat hatinya tertaut, aktor berusia 29 tahun ini menyifatkan wanita tersebut menerima segala kekurangan dirinya seikhlas hati selain setia dengannya di kala susah. Dia juga punyai rancangan untuk membawa isteri baru bertemu dengan 2 orang anaknya kelak.
KREDIT : Portal mStar Online
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.