“Kami redha pemergian Zaharif. Kami tidak redha dengan orang yang aniaya dia” – KAKAK
Insiden mengejutkan yang berlaku berdekatan kawasan SMK Jati, Meru, Ipo, Perak semalam cukup menghibakan ramai pihak. Muhammad Zaharif Affendi (17) yang merupakan seorang pelajar Tingkatan 5 sekolah berkenaan menghembuskan nafas terakhir selepas dipercayai diseret oleh sebuah kereta dengan jarak sejauh 5 meter.
Orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi liar
Pegawai Polis dari Kontinjen Kedah yang dipercayai sebagai punca pemergian Zaharif sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa dan bakal direman pada hari ini. Ketu Polis Daerah Ipoh kemudiannya menegaskan mana-mana petugas PDRM tidak akan ‘dilindungi’ sekiranya bukti kukuh berjaya dikumpul.
Adik saya masih usia remaja…baru nak kenal dunia
Sementera itu, kakak Allahyarham, Nur Zawanie menyuarakan rasa terkilan tentang apa yang sudah terjadi. Jelasnya dalam satu kenyataan, pelaku tiada hak berbuat sebegitu hatta adiknya memang bersalah. Jika remaja itu mahu dimasukkan ke lokap sekalipun, itu adalah lebih baik daripada membuat ‘hukuman’ sendiri secara keterlaluan.
Ketika sedang beri bantuan pada adik, ramai yang bersuara namun saya tak dapat fokus
Menerusi sebuah perkongsian lain daripada waris, mereka berharap dan merayu agar saksi kejadian dapat tampil ke depan untuk membantu siasatan. Sudah pasrah dengan ketentuan Ilahi, namun keadilan buat Muhammad Zaharif Affendi perlu ditegakkan.
KREDIT : FB Zetty Zamrie, Portal Astro Awani & BH Online
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.