” Sebak baca ayat abah untuk Bilal ni. Deep sangat.. ” – Komen Netizen

Bingkisan hati Haris Ismail sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Muhammad Bilal yang ke 3 tahun buat warganet sebak. Begitu menusuk ke hati bait-bait ayat Haris ni. Hati seorang abah..

Meninjau entry di akaun Instagram Haris Ismail, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Haris bersama anak sulungnya, Muhammad Bilal. Gambar itu menunjukkan Ustaz Haris sedang berdiri untuk mengerjakan solat, manakala Bilal pula berdiri di hadapan Ustaz Haris.

Kapsyen Ustaz Haris pula agak panjang kali ini. Mengimbau kenangan ketika usia belasan tahun dahulu, bulan Januari adalah bulan yang paling tidak digemari kerana perlu kembali ke asrama. Namun situasinya berbeza sejak Haris sudah bergelar abah.

Bilal lahir pada bulan Januari dan kini ianya menjadi bulan kegemaran Haris. Jika dulu sering terfikir apa jadi setelah menjadi seorang ayah, sekarang Haris memahami setelah adanya Bilal dan Abbas. Rela berkorban apa sahaja demi anak-anak, itu yang Haris rasai.

- IKLAN -

Sempena ulangtahun kelahiran Bilal yang ke 3, Ustaz Haris menitipkan doanya untuk Bilal. Harapannya masih seperti sebelum ini, inginkan Bilal menjadi anak yang baik, yang boleh memandikan dan solatkan jenazah dirinya apabila tiba masanya. Bilal juga diharapkan untuk menjaga uminya dan menjadi seorang yang bijak dalam agama.

Jom baca perkongsian di bawah :

Usia belasan tahun Dulu,
Bulan Januari ni Antara bulan yang paling tidak digemari, apa sebabnya?

Kerana itulah waktunya diriku kembali ke asrama Imtiaz terengganu, maka aliran Air Mata tak dapat ditahan teringatkan Rumah , Rindu umi abah & adik beradik yang Lain.

Setelah beberapa Dekad Berlalu,
Januari dalam hidupku Tidak lagi seperti dulu.
My wonderful, beautiful lovely boy Muhammad Bilal Dilahirkan ke dunia ini. الحمدلله

Dulu selalu terfikir macamana ya bila dah jadi seorang Ayah?

Jawapannya, jika boleh kasih Sayang ini dibentukan secara fizikal,
maka Bilal dan Abbas lah adalah acuannya.

Ungkapan seperti
Rela ku renang lautan luas
Akan ku daki gunung yang tinggi
Untuk Mu

Selalu difikirkan pd siapalah sanggup aku lakukan semua ini?

boleh diucapkan oleh seseorang, akan tetapi Pelaksanaanya belum tentu lagi

Tapi percayalah Untuk anak Anak
Pasti dilaksana tanpa fikir fikir lagi.
Majoritas Umi abah diluar sana sanggup korbankan hidupnya demi kebahagian anak anak.

Seperti setiap hari ucapan Abah pada sang pencipta
Jadikanlah anak anak abah orang yang baik
Yang akan mandi dan solatkan jenazah abah Bila tiba masanya nnti,
Yang tak putus doakan Abah,
Yang setia membela ibunya
Dan mengangkat Agama melebihi segalanya.

Muhammad Bilal when you are able to read this later on in life, please keep these words in your heart forever

Tiada tandingan cinta Abah pada Bilal,
Maaf hari hari abah kucup pipi bilal,
dulu Atok bilal pun bnyk janggutnnya
abah faham struggle Bilal
Apabila saban Hari dicium ayah yang Berjanggut tajam.

Walaupun begitu, itulah rutin yang paling Abah nanti nantikan setiap Hari 🩷

Sudah 3 Tahun anak Abah 2025 ini.
Abah sayangkan Bilal sepenuh Hati Abah
Alhamdullillah satu perjalanan yang tidak disangka akan kebahagiannya.

Sebagai akhirnya

اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل

Semoga Anak abah membesar dalam kefakihan / pandai bijak dalam Ugama dan menguasai ilmu berkait dengannya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tahniah abah dan umi Bilal.. selamat ulangtahun kelahiran Bilal sayang.. Aamin ya mujib semoga mohmad bilal membesar sihat dn soleh.. “

” Happy birthday bilal anak yang soleh. Aamiin ya rabb.. Ooi sodeh ooi hati ibuku membacanya. Sebak.. moga bilal membesar menjadi anak soleh dan musleh.. “

” Not me crying reading the caption.. Betul. Utk seorang ibu dan seorang ayah, anak adalah segalanya. Biar hilang segalanya, tapi bukan anak. selamat ulangtahun kelahiran ke 3 tahun Muhammad Bilal.. “

” Comel betul gambar ni.. Indahnya susunan bicara seorang abah untuk permata hatinya.. Sanah Helwah anak abah, Bilal.. “

” Beautiful words, make me cry.. Happy birthday Muhammad Bilal.. semoga bilal menjadi anak yang soleh sebagaimana impian abah dan umi.. “

” Happy birthday Muhammad Bilal semoga jd anak yg baik Dan sentiasa dlm lindungan Allah Amin ya rabbal alamin.. “

” Kapsyen tu sebak baca.. Best nye dpt ucapan mcm nie.. untung nye Bilal.. Al-fatihah utk ayah sy.. “

” Happy 3rd birthday Abang Bilal. Sekejap je dah 3 tahun.. sebak baca ayat abah untuk Bilal ni. deep sangat.. entah kenapa TERmengalir air mata bab ketajaman janggut kena ke pipi.. How I miss the moment.. “

Bingkisan hati yang tulus dan ikhlas daripada seorang abah dan harapan yang menggunung untuk Bilal. Semoga segala harapan dan doa Haris untuk Bilal dimakbulkan oleh Allah. Selamat ulangtahun kelahiran Muhammad Bilal daripada kami di Berita Kopak.

Sumber : IG Haris Ismail, IG Neelofa