Meraung hingga naik urat dahi, babak Suri diceraikan Haikal robek jiwa penonton

‘Andai Tiada Dia’, sebuah drama yang diadaptasikan daripada novel penulisan Rissa Ahdiya kini mendapat sambutan hangat sejak ditayangkan pada 21 Oktober lalu di siaran Astro Ria. Seperti biasa, keberkesanan lakonan Ummi Nazeera yang membawakan watak isteri terniaya bernama Suri mendapat pujian ramai.

Suri & Haikal perlu bercerai jika Haikal mahu berkahwin dengan Intan

Ringkasnya, kisah ini mengisarkan tentang Suri dan Haikal (lakonan Hisyam Hamid) yang masih belum mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun kahwin. Di saat Haikal sudah selesa dengan status tersebut, keputusan Suri mengambil Baby Luqman sebagai anak angkat rupanya membawa bala besar dalam kehidupan mereka. Dek kerana merasa tersisih, Haikal mula menjalinkan hubungan terlarang dengan adik iparnya sendiri iaitu Intan (lakonan Mimi Lana) sehingga nekad untuk berkahwin.

Babak sedih ketika Haikal menceraikan Suri

Dalam episod semalam, Haikal semakin tertekan dengan asakan keluarganya untuk menceraikan Suri selain merasa kesal kerana Suri tidak habis-habis menyebut tentang Baby Luqman. Tidak mempedulikan rayuan Suri, dia akhirnya melafazkan penceraian sebelum beredar dari situ. Walhal, dia langsung tidak tahu Suri sedang berbadan dua.

@akmasyafira Scene Haikal Ceraikan Suri #behindthescenes #AndaiTiadaDia ♬ original sound – SYURGA kita

Air mata laju turun…Memang Ummi ni layak dapat watak ni

Babak hiba ketika Ummi Nazeera menonjolkan emosi sedih benar-benar dirasakan oleh para penonton yang menyaksikan adegan tersebut. Hatta dalam versi klip belakang tabir yang belum disunting dengan muzik sekalipun, keperitan dirasai Suri amat-amat dirasai.

KREDIT : TikTok Mama Triplet

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.