Lelaki Tiba-tiba ‘Mengamuk’ Di Restoran, Baling Makanan & Minuman Sampai Kena Budak 4 Tahun
Kemarahan boleh menjadi sesuatu yang parah jika tidak dikawal dengan betul, baru-baru ini tular sebuah video seorang lelaki mengamuk di restoran sehingga menyebabkan kecederaan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular itu dipercayai berlaku di Restoran Darlis Nasi Dagang Ganu, Putra Heights pada pagi Ahad.
Video berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan individu berbaju kuning bertindak menjerit kemudian melemparkan makanan.
@darlisnasidagangganu #fyp#viral ♬ original sound – Darlis Nasi Dagang
Dalam kapsyen video tersebut, difahamkan individu berkenaan baling makanan serta minuman panas sehingga terkena seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun, kedengaran jeritan serta tangisan kanak-kanak tersebut dalam video itu.
Tidak lama itu, individu tersebut kemudian bertindak lebih ganas apabila dia mula menendang meja serta membaling kerusi ke dalam restoran tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada informasi mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian dan masih belum ada apa-apa kenyataan dari pihak berkuasa.
“Apa masalah dia?”
Video berkenaan menimbulkan kemarahan serta kekeliruan dalam kalangan netizen, ramai yang memberikan kecaman terhadap individu tersebut dan ada juga yang bersimpati terhadap kanak-kanak itu.
Harap kanak-kanak tu okay je, kesian betul!
Kredit-LM
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.