Gembira dalam duka! Pagi urus jenazah ibu, petang tunai janji halalkan isteri

Gembira dalam duka! Pagi urus jenazah ibu, petang tunai janji halalkan isteri

Gembira dalam duka. Itulah ungkapan bagi menggambarkan perasaan seorang lelaki dikenali sebagai Ikmal Rashid apabila melangsungkan pernikahan selepas menguruskan jenazah arwah ibunya pada hari yang sama.

Isteri kepada Ikmal yang dikenali sebagai Ianna Baharin berkata, suaminya perlu menguruskan jenazah arwah ibu di sebelah pagi sebelum mereka selamat diijabkabulkan di waktu petang pada 3 Jun lalu.

@iannabaharin_

terima kasih jadikan saya isteri awak disaat awak sendiri pun tak kuat. Allah, besar dugaan awak suami. saya janji ada dgn awak sampai bila bila 🥹 terima kasih sahabat sahabat suami. semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

♬ bunyi asal – Ianna

Ianna berkongsi kisah tersebut menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok memaparkan momen sewaktu mereka dinikahkan dengan dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat dipercayai dalam sebuah masjid.

Menerusi kapsyen, Ianna mengakui suaminya berdepan ujian cukup besar dalam hidup selain mengucapkan terima kasih kerana lelaki itu tetap menunaikan janji bagi ‘menghalalkan’ dirinya di saat kehilangan ibu tercinta.

“Terima kasih jadikan saya isteri awak di saat awak sendiri pun tak kuat. Allah, besar dugaan awak suami. Saya janji ada dengan awak sampai bila-bila.
“Terima kasih sahabat sahabat suami. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi lanjut berhubung asbab pemergian arwah ibu mentua menjelang hari bahagianya bersama suami.

Menjengah di ruangan komen, video meraih satu juta tontonan itu menerima lebih 850 komen netizen yang rata-rata mengucapkan takziah serta menitipkan kata-kata semangat buat Ikmal.

Malah, segelintir individu turut meluahkan rasa sedih dan mengaku kemungkinan tidak kuat sekiranya berdepan situasi sama seperti dialami oleh Ikmal.

Isteri pengganti ibu

Sukar untuk lupakan tarikh tu

Kuatnya dia! Allah sebaik-baik perancang

Sedihnya.. moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang solehah

Kalau aku kat tempat dia, tak kuat…

Sumber: TikTok @iannabaharin_ & @ikmal.rashid1

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*