Bapa menangis tengok muka anak teruk dipvkul suami
Sakit hati seorang ayah melihat anaknya diperlakukan sebegitu setelah dijaga dengan baik sehingga dewasa.
Baru-baru ini tular satu video di media sosial tentang seorang ayah sanggup menjemput anaknya naik motor selepas mengetahui anaknya dipvkul oleh suami.
Suasana di rumah pasangan itu lebih hiba apabila ayah kepada wanita itu mengusap muka anaknya yang sudah bengkak teruk.
Sakit hati terbesar seorang ayah adalah ketika melihat anak perempuannya diperlakukan tidak baik oleh orang lain.
Lagi sedih apabila abangnya juga menangis setelah melihat keadaan adiknya yang dianiaya sebegitu rupa walaupun sedang menahan marah.
Sakit hati terbesar seorang ayah adalah ketika melihat anak perempuannya diperlakukan tidak baik oleh orang lain
📹 : istimewa pic.twitter.com/aHHDkpIIYC— Miss Tweet | (@Heraloebss) July 9, 2024
Difahamkan wanita itu dipvkul oleh suaminya disebabkan rasa cemburu selepas bertanya siapakah cinta pertamanya.
Menurut laporan lajut, suaminya telah pun ditangkap oleh pihak polis setelah kes ini tular.
Betullah kan, kasih seorang bapa tak ternilai untuk anak perempuannya. Apapun, kalau dah tak suka, pulangkanlah semula kepada keluarganya. Janganlah sampai bertindak macam ni.
Kredit: @Heraloebss, Oh Media
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.