Baru je selesai di kes Mhkamah.. Sekali kantoi ini punca sebenar Syamsul ceraikn Ira Kazar..

Pengarah terkenal Syamsul Yusof, 40, didakwa sudah memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” katanya.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan ini.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Tiada persefahaman didakwa menjadi sebab utama pengarah terkenal, Syamsul Yusof, memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

Menurut satu laporan akhbar, Syamsul memfailkan permohonan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Sebelum ini, timbul desas desus kononnya hubungan pasangan ini sudah menjadi dingin, namun tiada yang membuka mulut untuk memberikan pengesahan.

Tidak hanya itu, muncul juga spekulasi mengatakan anak kepada pelakon Kazar Saisi itu sudah berbadan dua.

Terdahulu, pada Januari, Syamsul memuat naik sebuah video di Instagram memaklumkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Selatan Thailand.

Susulan itu, isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah memfailkan perceraian dan berpisah pada 14 Jun lalu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.