Ayat padu Datin Patimah : ” Ibu apa ni? syukur rumahtangga anak runtuh..” – Netizen
Ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukur jika benar berita perceraian anaknya dengan Ira Kazar seperti yang dilaporkan.
Memetik Harian Metro, hangat diperkatakan mengenai Syamsul sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Patimah turut berharap anaknya itu kembali ke jalan yang benar.
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jika benar berita ini, saya amat bersyukur. Semoga Syamsul kembali ke jalan yang benar,” katanya.
Sementara itu, Datin Patimah berkata dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku apatah lagi rumah tangga menantunya itu sudah pun hancur.
“Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa,” katanya.
Hari ini, peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menurut Azmi lagi, Syamsul memfailkan perceraian tersebut kerana mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina pada 6 Janurai 2023.
SUMBER: Harian Metro
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.