Baru sahaja lahirkn anak sulung 2 bulan lepas, Madammu umum lagi berita gembira.
Usahawan produk kecantikan terkenal, Ericya Baiduri atau lebih dikenali dengan panggilan Madammu sekali lagi menjadi bualan ramai setelah dilaporkan menerima Ikon Penyusuan Ibu 2023.
Madammu terima Ikon Penyusuan Ibu 2023
Madammu yang merupakan pengasas Noir Health & Beauty mendedahkan dirinya menerima pengiktirafan sebagai Ikon Penyusuan Ibu 2023, baru-baru ini seperti mana dikongsikan menerusi media sosial miliknya.
Dalam pada itu, Madammu berkata, dirinya tidak pernah merancang untuk menyusu badan sehingga kini kerana asalnya merancang memberi anak lelakinya susu badan selama dua minggu sahaja, selebihnya susu Formula.
“Madammu tidak pernah rancang untuk menyusu badan. Saya cuma merancang untuk menyusu badan selama dua minggu, kemudian akan sibuk dan akan meneruskan dengan susu Formula,”ujar Madammu.
Syukur dah dua bulan lebih menyusu badan
Bagaimanapun, Madammu meluahkan rasa syukur kerana mampu merasai pengalaman untuk menyusu badan anak lelakinya, Ahmad Kayden sehingga kini.
Usahawan berusia 33 tahun itu berkata, ia sememangnya pengalaman luar biasa buat dirinya dan bayi tersebut.
“Tapi, Alhamdulillah dah 2 bulan 17 hari Madammu breastfeed! Pengalaman yang luar biasa antara Madammu dan Kayden (anak)!,”luahnya syukur.
Apa kelayakan nak dapat Ikon Penyusuan?
Sementara itu, kelihatan para ibu mempersoal dan berseloroh ‘secara halus’ mengenai pengiktirafan yang diterima oleh Madammu yang dikatakan baru ‘berusia mentah’ dalam menyusu badan kepada anaknya.
“Kita yang dah menyusu anak empat orang selama 9 tahun, berhenti kejap- kejap, bila dah sarat mengandung ni, bila nak dapat anugerah,”seloroh para ibu.
Sumber: TikTok @madammmmu, FB Hana Ab Hakim, OMM
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.