Merdunya suara Qayyim! Juara qari antarabangsa laungkan azan secara live depan ‘non-Muslim’

Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi baru-baru ini telah muncul sebagai juara bagi kategori lelaki di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa.

Teruja dengar laungan azan
Sebelum Muhammad Qayyim merangkul gelaran juara, tular satu kiriman video di TikTok, kelihatan reaksi seorang pelancong wanita bukan Islam seakan teruja apabila mendengar laugan azan yang dilontarkannya

Kelihatan jelas sekali wanita tersebut apabila dia berpeluang mendengar laungan azan secara langsung.

Indahnya azan yang dilaungkan Muhammad Qayyim
Menerusi ruangan komen TikTok tersebut, ramai yang memuji kemerduan laugan azan yang dilontarkan Muhammad Qayyim.

Johan Qari Antarabangsa ini merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan sejak lahir lagi namun itu bukanlah penghalang untuk beliau tidak membaca ayat suci Al-Quran.

Anak kelahiran Ketereh, Kelantan ini berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan ini dengan catatan jumlah markah yang diperoleh sebanyak 94.96 peratus.

Hasil kemenangan ini, Muhammad Qayyim berjaya membawa pulang hadiah emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai, piala iringan serta sijil.

Sumber : TikTok @masjidmuhammadikb

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*