“Jgn smpai sy pula jadi mgsa..”- Perli Mamat Exists diatas pentas GV, Nabil Ahmad dedah maksud sebenar..

Saya cakap dia berada di tempat tinggi bermaksud dia adalah seorang ‘legend’,” kata pengacara popular Nabil Ahmad berhubung kenyataannya terhadap penyanyi Exists, Mamat yang berada di tempat ‘tinggi’ susulan ketiadaannya dalam program All Stars Gegar Vaganza (All Stars GV) sehingga disalah tafsir segelintir pihak.

Nabil berkata, sebagai pengacara dia sentiasa berusaha untuk menghidupkan program popular itu dan memastikan setiap dikongsikan tidak menjatuhkan mana-mana pihak.

“Saya tidak akan bercakap perkara yang akan menjatuhkan air muka seseorang. Mamat adalah seorang ‘legend’ terkenal dalam dunia seni ini.

“Apa yang anda fikir tidak sama dengan maksud sebenar yang saya cuba sampaikan. Takkanlah dalam program siaran langsung saya nak cakap sesuatu yang boleh menghancurkan karier saya.

“Tambah pula, saya pernah dikecam sebelum ini gara-gara kurang sensitif ketika mengacarakan program ini untuk musim terdahulu. Jadi sudah tentulah saya akan lebih berhati-hati dan dipantau pihak produksi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, dia berharap pihak luar berhenti mensensasikan kenyataannya terhadap Mamat kerana segala fikiran negatif yang difikirkan adalah tidak tepat.

“Saya menghormati setiap penyanyi lama yang ada di Malaysia. Mereka ini adalah figura yang berbakat besar dan mempunyai kredibiliti tersendiri.

“Jangan disebabkan ada pihak cuba melaga-lagakan, saya pula menjadi mangsa sedangkan kenyataan saya tidak membawa maksud yang kebanyakan daripada anda fikir.

“Saya tetap dengan pendirian saya yang mengatakan maksud sebenar Mamat berada di tempat tinggi adalah dia seorang ‘legend’ dan penyertaannya dalam program GV sebelum ini sudah meletakkan dia di tahap yang lebih tinggi” katanya.

Terdahulu, Nabil dikatakan bergurau secara melampau susulan kenyataannya mengenai ketiadaan Mamat sewaktu mengacarakan program All Stars GV yang baru membuka tirai minggu pertama Ahad lalu.

Situasi bermula apabila pengacara bersama, Elly Mazlein bergurau dengan ‘rajuk’ mempersoalkan ketiadaan Mamat dalam pertandingan sedangkan Ezad diundi masuk mengisi kekosongan slot ‘hot seat’ musim kali ini.

“Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat,” kata Elly seraya memalingkan wajahnya ke tempat lain dengan liuk manja.

Nabil kemudian mempertahankan Ezad dengan berkata: “Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi.”

Gurauan berlapik itu dengan pantas disambut Jihan Muse: “Ah ye, dia (Mamat) tengah ‘hiking’.”

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.