“Antara hidup dan mati..spe jumpa dia Update sy skrg” Baru sj ibubapa bercerai.. Tak sangka ini kata2 Shila Amzah…

KEMELUT rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala akhirnya terlerai apabila isterinya iaitu Datin Fauziah Sarman memaklumkan sudah diceraikan oleh suaminya itu.

Fauziah berkata ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 62, melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan kepada dirinya melalui aplikasi WhatsApp pada pagi Selasa.

“Alhamdulillah dengan izinNya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami (ND Lala) pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (Selasa) melalui WhatsApp,” katanya.

Perkongsian tangkap layar yang dikongsi Fauziah di Instagram miliknya.

Fauziah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu dia berkongsi perkara ini agar tidak timbul fitnah berkenaan status rumah tangga mereka sebelum ini.

Kata Fauziah, dia reda dengan takdir yang diterima selepas 34 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.

“Saya reda dengan apa yang dilalui ini dan Insya Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik untuk saya,” ujarnya.

Sementara itu, Fauziah turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan hebat yang sering memberikan kekuatan untuk dirinya.

“Alhamdulillah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini.

“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin dengan doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini.

“Mungkin ini asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya Allah,” jelasnya.

ND Lala dan Fauziah bersama anak sulung mereka Shila.

Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.

Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala, namun dinafikan adik Shila iaitu Syada Amzah.

Untuk rekod, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.