Peluk cium emak, minta maaf sebelum terlambat – Amir Syafiq
PETALING JAYA – Keluarga Shila Amzah terus menjadi bualan ramai apabila adiknya, Amir Syafiq menasihatkan penyanyi itu agar jangan menyombong dengan ibu mereka, Fauziah Sarman.
Syafiq berkata, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah perlu segera bersemuka memohon maaf dengan insan yang melahirkannya sebelum terlambat.
“Kau berbaktilah 1,000 tahun sekali pun tetap tidak terbalas jasa mak yang melahirkan.
“Sekarang baik kau pergi jumpa mak, peluk cium dan minta maaf sebelum terlambat.
“Allah nak tarik rezeki kau sekejap sahaja. Jangan bongkak sangat di dunia ini wahai Shila Amzah,” katanya dalam hantaran TikTok.
Sebelum itu, dia pernah mendakwa kakak sulungnya bersikap biadab malah Fauziah turut mengesahkan kekasaran puterinya dalam hantaran dalam laman sosial yang kemudian dipadamkan.
Pada masa sama, Amir Syafiq turut menyelar sikap netizen yang terlampau berpihak kepada Shila, 33, biarpun tidak mengetahui hujung pangkal cerita.
“Semua serba tahu. Netizen sekarang terlebih cerdik sampai maki hamun mak dan hina keluarga macam itu bukan lagi satu kesalahan.
“Dah emosi maki sajalah. Mak saja pun. Bukan penting pun. Tanpa doa mak aku boleh berjaya. Seriuslah, netizen?,” luahnya.
Menurut lelaki berusia 30 tahun itu, seorang anak tidak mempunyai hak untuk menghamburkan kemarahan mahu pun menghina insan berstatus seorang ibu.
“Kalau marah sekali pun kita tiada hak marah mak. Besar sangat ke pengorbanan kau itu kalau nak dibandingkan dengan mak yang melahirkan kau,” ujarnya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.