Bayi Dipulangkan Dalam Keadaan Kaku, Taska Jawab “Tak Tahu”, Ibu Dibuang Dari Group Wsap
Anak yang kehilangan ibu ayah pastinya mengalami kesedihan besar. Namun bagi ibu bapa yang kehilangan anak, kedukaan jiwa yang dirasakan mereka sebenarnya berganda-ganda lebih mendalam. Mungkin itulah kata-kata paling tepat bagi menggambarkan dugaan berat yang sedang dialami seorang ibu bernama Yuni Rahman ini apabila anak keduanya, Khairul Handzalah Sufi pergi bertemu Ilahi.
4 bulan saja Allah pinjamkan awak dekat ibu
Meskipun dilahirkan secara pramatang sekitar 4 bulan lalu, Baby Handzalah membesar dengan cukup sihat selama ini dan amat mudah untuk dijaga. Pun begitu, sebuah panggilan telefon daripada pihak taska pada 3 Januari lepas akhirnya menjadi detik hitam dalam kehidupan Puan Yuni dan suaminya, Iskanda. Sekitar jam 3.27 petang, mereka dimaklumkan bahawa Baby Handzalah sudah tidak bernafas.
Anak saya tak bernafas, teacher boleh cakap tak tahu
Dihantar ke taska dalam keadaan sihat dan bersih, namun dijemput pulang dalam keadaan sudah kaku dan pucat. Selaku ibu, Puan Yuni bertambah terkilan kerana pihak taska langsung tidak memberikan penjelasan lanjut apalagi meminta maaf atas apa yang sudah terjadi. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikeluarkan daripada grup WhatsApp taska berkenaan.
Kalau ibu diberi pilihan antara anak atau pun syurga, ibu akan pilih anak-anak
Puan Yuni dan suaminya sama-sama berstatus anak yatim piatu. Kehadiran Handzalah sebagai zuriat kedua pastinya membawa lebih banyak rahmat dan kegembiraan dalam keluarga kecil mereka. Namun siapa sangka, takdir Allah Yang Maha Esa mengatakan sebaliknya. Meskipun sukar untuk ditelan, mereka akur dengan pemergian bayi syurga ini.
View this post on Instagram
KREDIT : Instagram yyunirahman