“Belajar tak pandailah tu, kenapa tak belajar tinggi2? Bolehlah merasa gaji RM5,000 ke RM6,000. Lagi kata2 pakcik bi4d4pšš¼
Dengan ekonomi yang tidak menentu pada zaman sekarang, setiap orang sedang bergelut untuk mencari kerja dengan gaji setimpal. Mahu atau tidak, koyak ke tak koyak, semuanya perlu kuat mencari rezeki baik buat diri sendiri ataupun keluarga. Namun jerih perih itu terkadang diburukkan lagi dengan persepsi orang sekitar.
Haaa belajaq tak pandai la tuā¦Kenapa tak belajaq tinggi, boleh merasa gaji RM5000-RM6000
Bagi seorang gadis muda bernama Cik Izzaty Nazmii, baru-baru ini dia juga telah berdepan dengan hinaan seorang pelanggan yang pastinya sukar dipadam dari ingatan. Bekerja di sebuah stesn minyak, Izzaty didatangi seorang pak cik yang masuk ke dalam untuk membeli air tin.
Kerja pam minyak ja? Sambil jalan ke pintu, dia cakap āBoleh la kot gaji seribu setengahā
Sementara membayar, individu berkenaan bertanya adakah Izzaty sudah habis belajar dan mengapa tidak menyambung pendidikan ke taraf lebih tinggi. Kemuncak kesedihan adalah sewaktu pak cik itu hendak melangkah keluar. Dia seakan-akan menyindir hasil pendapatan gadis ini yang dianggap tidak seberapa.
Nelayan tempat aku belajar tak habisā¦Gaji RM4000-5000ā¦Jangan ingat kerja biasa gaji tak tinggi
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang ikut kesal mendengar kisah Cik Izzaty. āAdatā bekerja dalam bidangĀ retail,Ā pelanggan biadab sebegitu memang wujud dan cukup menguji kesabaran.
Rezeki terletak di tangan Allah, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat gadis ini.
Kredit : TikTokĀ Izzaty Nazmii via mv.com
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.