Sebab Selalu Kongsi Pengalaman Sebagai Ibu, Uyaina Arshad digelarkan ‘Terpaling ibu’ 👉🏻
Uyaina Arshad, pengacara dan pelakon itu tidak kisah apabila netizen menggelar dirinya ‘terpaling ibu’ kerana kerap berkongsi tentang pengalaman menjadi seorang ibu dan menjaga anaknya, Raja Urhan.
Uyaina Arshad atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata dia lebih mementingkan kesihatan anaknya yang mengalami tongue-tie dan tidak kisah dengan sebarang kutukan dari netizen.
Dalam pada itu, aktres itu juga berkata di mahu kekal positif dan berkongsi kerana ada segelintir golongan ibu yang suka dengan perkongsiannya.
Apa pun orang cakap, saya tidak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, terpulang.
Kita buat macam mana pun, ada sahaja yang tak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana. Tak apalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baharu.
Saya tak perlu ambil peduli pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya. Bila saya kongsi tentang tongue-tie itu, ramai ibu yang bercerita tentang pengalaman masing-masing.
Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tidak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tidak kisah.
Baru-baru ini, Uyaina telah dilantik sebagai duta baharu, Herbs Of Gold dan menjadikannya selebriti tempatan yang pertama mendapat pengiktirafan itu.
Saya tidak akan terima tawaran duta sesebuah produk jika diri sendiri tidak pernah cuba. Saya juga seorang yang sangat mementingkan gaya hidup dan amalan sihat. Tiada sebab untuk saya tolak.
Saya juga merupakan seorang yang aktif dan demi mengekalkan stamina, saya perlu ambil suplemen kesihatan yang diiktraf.
Kredit: Xtra
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.