“Beli perfume dapat percuma iPhone” – Janji iPhone 15 untuk 30 pembeli terawal, wanita bengang ditipu influencer

Seorang wanita telah bertukar emosi daripada teruja kepada kecewa selepas tidak mendapat iPhone 15 seperti dijanjikan Aisar Khaled.

Pengguna tiktok itu menerima bungkusan daripada Aisar Khaled setelah dia menjadi 30 pembeli terawal perfume usahawan itu dalam satu sesi live khas memilih pemenang iPhone 15.

Wanita itu berkata: “Barang yang kita tunggu dari Aisar Khaled sudah sampai, siapa yang cakap Aisar Khaled itu menipu, sebenarnya dia tidak menipu. Betul betul iPhone 15.”

“Macam tak percaya saya betul betul dapat iPhone.”

“Aisar untung ke kamu menjual barang seperti itu [menawarkan hadiah iPhone 15],” tanya wanita itu sambil membuka bungkusan yang dia baru terima.

Malangnya selepas dia membuka bungkusan itu, ternyata tiada iPhone di dalamnya. Yang ada hanyalah kad ucapan yang bertulis,

@anakbugissssssss PARCEL YANG DITUNGGU2 DARIPADA AISAR KHALEDD SUDAH SAMPAII! ALHAMDULILAH, TERIMA KASIH @AisarKhaledd ☺️ #fyp #fypシ #fypシ゚viral #anakbugisssssss #dapatiphone ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

“Assalamualaikum, maaf mungkin rezeki anda buka di Live, jangan risau kerana anda masih berpeluang memenangi motosikal atau wang tunai RM50 daripada Aisar Khaled.

“Dengan cara Aisar akan memilih 500 dengan maklumbalas yang menarik untuk Aisar. Kongsikan rezeki. Dan jangan lupa bagi maklumbalas 5 bintang. Terima kasih.”

Wanita itu benar benar kecewa dan merasakan dirinya sudah ditipu oleh muslihat licik Aisar Khaled.

“Saya beli pewangi dia ni ketika tengah Live. Ketika itu dia masih tak buka lagi beg kuning dia. Dia cakap di situ, ‘saya akan buka beg kuning saya untuk 30 orang yang terawal beli perfume akan dapat iPhone percuma’.”

“Ketika itu kita pun cuba cubalah kan. Bukan sebab kita tak mampu beli iPhone atau apa. Saya pun sedang pakai iPhone sekarang.”

“Tetapi kita nak buktikan sama ada si Aisar ini betul atau pun tidak. Dan sekarang selepas saya buka kotak, di mana iPhone-nya?”

Wanita itu menjelaskan, ketika sesi live tempoh hari Aisar menunjukkan nama 30 orang yang berjaya menjadi pembeli terawal, Aisar tidak memberitahu langsung bahawa 30 orang tersebut akan disaring sekali lagi dalam satu pemilihan.

“Kamu tidak ada cakap, daripada 30 orang, kamu akan pilih siapa yang bertuah, tiada!”

“Untuk buka beg kuning 30 orang pembeli terawal.”

“Saya pun penjual dan pengasas perfume juga, jadi buat apa saya nak beli perfume. Mungkin saya beli untuk sekadar menyokong peniaga lain.”

“Namun kali ini saya nak beli daripada Aisar adalah untuk memastikan kebenaran apa yang kamu katakan.”

Ini bukan kali pertama Aisar Khaled dikatakan membuat peraturan mengelirukan dalam sesi cabutan bertuah atau pemberian hadiah mahal kepada pengikut atau pelanggannya.

Sebelum ini dia pernah menafikan bahawa dia seorang scammer hadiah. Sebaliknya dia sudah melakukan prosedur seperti itu sekian lama, dan menyatakan hanya peminat setia dia dari dulu sahaja yang faham cara dia memberikan hadiah.

Seorang individu meluahkan rasa kesal apabila rasa dirinya seolah-olah tertipu dengan pempengaruh popular yang dikatakan tidak berpegang pada janji.

Menurut individu itu, pempengaruh berkenaan menjanjikan pemberian telefon pintar jenis iPhone 15 kepada 30 orang pembeli terawal minyak wangi yang dijualnya menerusi segmen ‘LIVE’ di TikTok.

Namun, apa yang mengecewakan individu tersebut adalah apabila dirinya tidak diberikan sebarang telefon pintar walaupun berada dalam kalangan 30 pembeli terawal.

“Masa aku beli perfume dia ni tengah Live, masa tu dia belum buka beg kuning lagi, dia cakap “Saya akan buka beg kuning saya, untuk 30 orang yang terawal beli perfume akan dapat percuma iPhone”.

“Kita saja cuba-cuba, bukan saya nak cakap saya tak mampu beli iPhone, saya pun pakai iPhone, tapi saya nak buktikan adakah dia ni betul ataupun tidak? Dan sekarang saya ‘unboxing’ mana iPhonenya?!” getusnya.

Sementara itu, individu berkenaan pada akhir entrinya sempat menyatakan bahawa tujuan utamanya membeli minyak wangi pempengaruh itu adalah kerana mahu mengetahui sama ada apa yang dijanjikan sebelum ini benar ataupun palsu.

“Sekarang ni tujuan saya beli perfume ni untuk saya tengok adakah betul ataupun tidak apa yang awak cakap,” jelasnya.

Sekadar info, pempengaruh itu terkenal dengan sikap murah hati seperti memberikan motosikal dan wang tunai kepada orang ramai yang memerlukan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*