Benarkah bas sengaja memotong atau terpaksa mengelak gara2 brek sudah kosong?

Satu rakaman video dashcam kini tular dan mencetuskan persoalan ramai selepas ia memaparkan detik-detik mencemaskan sebelum berlakunya kemalangan maut membabitkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik.

Dalam rakaman berdurasi kira-kira seminit itu, kelihatan bas berkenaan memotong sebuah kenderaan lain secara berbahaya di selekoh gelap yang tidak mempunyai pencahayaan mencukupi.

Bas hilang kawalan lepas potong di selekoh gelap…

Berdasarkan rakaman dashcam tersebut, bas yang membawa 42 pelajar itu dilihat memotong laju dari arah kanan sebelum hilang kawalan sejurus melepasi selekoh.

Bas terbabit kemudian melanggar pembahagi jalan dan menghentam sebuah Perodua Alza yang berada di hadapan. Akibat hentakan kuat, bas terbalik dan menyebabkan 15 penumpang terkorban, manakala 27 lagi dilaporkan cedera.

Insiden berlaku sekitar jam 1 pagi Isnin lalu ketika pelajar-pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke UPSI selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di Jerteh, Terengganu.

- IKLAN -

Netizen kecam syarikat bas, pertikai kenyataan dakwa pemandu “berhemah”…

Tularnya rakaman dashcam ini mencetuskan kemarahan orang ramai yang rata-rata menyifatkan pemanduan tersebut sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab.

Lebih mengundang reaksi, apabila syarikat bas berkenaan dilaporkan menyatakan bahawa pemandu tersebut seorang yang “berhemah dan biasa dengan laluan itu”.

Kalau benar berhemah, kenapa memotong di selekoh gelap dan terus hilang kawalan?- Soal seorang pengguna Facebook yang turut memuat naik semula video berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati bas terbabit terlebih dahulu melanggar bahagian belakang Perodua Alza sebelum terbabas.

Kes kini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk terhadap aspek teknikal dan kelajuan kenderaan. Rakaman dashcam yang sedang tular itu kini turut dijadikan bahan bukti utama untuk membantu siasatan.

Tular perbualan Whatsapp mengatakan brek bas ‘kosong’

Ada mesej dari whatsapp yang mengatakan brek bas telah kosong punca bas nampak seperti sengaja dipandu laju lalu terbalik sejurus masuk selekoh. Walhal pemandu bas cuba untuk mengelak dari melanggar kenderaan lain. Tapi, entah betul entah tidak, pemandu benar-benar memandu secara berhemah atau dia berulang kali memandu laju sehingga brek bas hangit.

Kredit: Facebook