Genap sebulan kahwin, tk sngka Shila umum berita gembira.

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah sebulan penyanyi Shila Amzah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, penyanyi berusia 33 tahun itu tidak melepaskan peluang untuk meraikan perkara tersebut dengan ucapan ‘monthsary’ untuk suami tercinta.

Dalam pada itu, Shila mendedahkan meskipun banyak perkara telah terjadi untuk beberapa bulan lepas namun gembira kerana salah satunya berkahwin dengan Ubai.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Malah, penyanyi lagu berjudul Patah Seribu itu menegaskan dia tidak mahu hubungan suami isteri dicampur aduk dengan urusan kerjaya.

“Orang sering lupa bahawa hubungan suami dan isteri ini tidak menjadikan kami sebagai entiti profesional.

“Ubai MZ adalah pencipta konten dan penerbit di Astro manakala saya ialah penyanyi.

“Kami tidak datang dalam pakej secara profesional dan mahu kekalkan begitu,” tulis Shila di ruangan kapsyen.

Pada masa sama, Shila meluahkan rasa kesal kerana terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap hubungan tersebut dan ianya berlaku sejak mereka mengumumkan pertunangan.

“Malangnya, ada sesetengah individu yang mahu ambil kesempatan dengan status perkahwinan dan meletakkan kami di tempat tersebut.

“Perkara ini telah berlaku sejak kami bertunang dan sejujurnya ia sangat tidak profesional,” ujarnya.

Pemilik nama Nurshahila Amir Amzah itu berharap kapsyen ditulis itu dapat menjernihkan beberapa perkara dan menjawab segala kekeliruan yang timbul.

Untuk rekod, Shila bergelar isteri kepada Ubaidillah Zulkefli dengan sekali lafaz pada bulan lalu di Boathouse Ampang dan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.

Sumber: Instagram Shila Amzah, OMM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.