Dalam setahun 2kali bersalin, Reaksi sayu isteri bila selesai jadi perhatian

Baru 4 bulan melahirkan anak sulung pada 17/8/2022, seorang wanita bernama Fenny Alberti tergamam apabila doktor sahkan dirinya hamil selama 2 bulan. Badan belum sembuh 100% daripada prosedur czer, ini bermakna dia dan suami sudah ‘bersama’ dalam fasa berpantang.

Peminat risaukan keadaan dalaman Fenny. Kehamilan memang rezeki Allah, namun peminat pasangan TkTokers in risau mengenangkan ketahanan diri Fenny.

Sebelum ini, suaminya, Akash Elahi pernah kongsikan video Fenny yang sarat hamil menghadapi kesukaran berjalan dan masalah tulang pinggul.

Dalam tempoh kurang setahun, jalani 2 kali proses czer untuk lahirkan 2 anak. Syukur kepada Allah, hari ini pada tanggal 8/7/2023, Akash mengumumkan anak kedua mereka selamat dilahirkan juga dengan kaedah czer.

Hanya dengan jarak 11 bulan sahaja, Fenny dilihat sebagai wanita yang cukup kuat kerana mampu melahirkan 2 orang bayi melalui cara operation.

Janji ya tak boleh tinggalkan aku. Berpeluang menemani si isteri dalam ruang bersalin, Akash terus memberikan semangat di kala air mata Fenny mula bergenang. Apabila prosedur itu telah selesai, Fenny dibawa ke ruangan rehat namun riak wajahnya nampak kosong seolah-olah begitu penat.

Kelahiran itu dihujani dengan kata tahniah dan doa berpanjangan daripada peminat mereka.

Sumber : kisahdunia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.