Seorang pun tak akan terlepas di taska itu, Ini tlndakan keras bapa mohon keadilan buat adik al fateh

“Saya dan isteri akan menuntut bela di atas kematian anak syurga kami, bukan sahaja pengasuh tetapi pengusaha Taska juga perlu bertanggungjawab dan tidak terlepas dari tindakan undang-undang.

“Kami akan ambil tindakan undang-undang semaksimumnya supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang lain agar tiada lagi anak-anak Taska lain menjadi mangsa korban seterusnya,”.

Itu luahan Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, mengenai kejadian anak sulungnya, Muhammad Al Fateh Amri, lapan bulan yang dipercayai dibunuh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Jumaat lalu.

Lebih menghibakan, bayi berkenaan adalah anak pertama pasangan itu yang baru dikurniakan zuriat setelah 14 tahun usia perkahwinan dan baru lima hari menghantarnya ke Taska berkenaan.

Menerusi catatan di laman sosial Facebooknya itu, dia juga berharap pihak berkuasa menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatin dan mohon doakan saya dan isteri terus kuat bagi meneruskan kehidupan dan perjuangan menuntut bela ini serta bersama-sama membantu sesama kita,” tulisnya.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi 6 September lalu, Al Fateh meninggal dunia selepas pengasuhnya didakwa membedung, menyumbat botol susu menutup dengan kain dan menekup muka bayi berkenaan dengan bantal.

Tindakan pengasuh wanita berusia 34 tahun itu dilihat menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebelum polis menahan reman pengasuh berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.