Bukan hilang, tpi Farah Diana meluangkan masa di rmh teman lelakinya di Kelantan.
NUR Farah Dania Mohd Erwadi, 17, dilaporkan hilang di Taman College Heights ditemukan selamat di Kubang Kerian, Kelantan pada Khamis.
Berita ini disahkan oleh bapanya, Mohd Erwadi yang dalam perjalanan ke lokasi berkenaan, katanya ketika dihubungi.
Terdahulu media melaporkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah itu sebelum ini menghilangkan diri bersama telefon bimbit, beg sekolah dan bekas alat solek.
Remaja perempuan itu hilang kira-kira pukul 7 pagi pada Rabu dan lokasi terakhirnya adalah di Taman College Heights, Sikamat.
Ketika dihubungi, bapanya secara ringkas memberitahu, mereka sekeluarga lega apabila mendapat tahu bahawa Nur Farah Dania selamat dan berada di Kelantan.
Namun, dia tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai penemuan Nur Farah Dania sewaktu ditanya dengan siapa anaknya itu ditemukan.
“Apa pun saya berterima kasih kepada semua termasuk pengguna media sosial yang membantu mencari Nur Farah Dania,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, remaja itu ditemukan di rumah keluarga rakan lelakinya di Kubang Kerian.
“Anak kedua daripada tiga adik beradik itu berada dalam keadaan baik dan dihantar ke balai polis Kubang Kerian.
“Keluarganya akan mengambilnya dari sana dan membawanya pulang,” katanya dalam satu kenyataan.
Remaja perempuan itu hilang kira-kira pukul 7 pagi pada Rabu dan lokasi terakhirnya adalah di Taman College Heights, Sikamat, Negeri Sembilan.
Susulan itu, Nor Akmar membuat laporan kehilangan anak perempuannya itu di Balai Polis Sikamat pada Rabu.
Kehilangan Nur Farah Dania tular di media sosial sejak Rabu.
Kredit-majoriti
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.