Hamdan Senario Meninggal dunia, Anak dedah lepas beberapa hari diTldurkan

Pelawak Hamdan Ramli  , 54, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor kira-kira jam 12.50 tengahari tadi.

Pemergian anggota kumpulan Senario itu disahkan rakannya, Azlee Jaafar.

Azlee berkata, jenazah arwah Hamdan dijangka akan dibawa pulang ke Ipoh, Perak, petang ini.

“Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, jam 12.50 petang tadi.

“Keadaan kesihatannya semakin merosot sejak dua hari lalu apabila jantung hanya 20 peratus berfungsi dan bantuan pernafasan tidak mampu menyokong arwah.

“Saya sudah menguruskan van jenazah untuk membawa arwah pulang ke kediamannya di Ipoh.

“Kami menjangkakan jenazah akan tiba sekitar jam 8 malam, tapi bila akan dikebumikan belum pasti.

“Itu perlu tanya keluarga arwah dahulu,” katanya ketika dihubungi BH Online

Hamdan ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor, sejak Ahad lalu kerana jangkitan kuman selepas mengalami cirit birit dan sesak nafas.

Ahad lalu, Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel di Johor Bahru.

Acara itu adalah sempena ulang tahun ke-27 Senario. Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan deman dan terjatuh lalu dikejarkan ke HSA.

Anggota kumpulan senario, Hamdan Ramli atau dikenali sebagai Hamdan meninggal dunia sebentar tadi. Info tersebut dimaklumkan oleh anak bongsunya, Nur Natasya Umairah.

Terdahulu, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA) akibat jangkitan kuman dalam darah.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah merupakan anggota kumpulan Senario yang turut dianggoi oleh Azlee, Wahid, Ilya, Saiful Apek dan Yasin.

Sumber : Gempak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.