Perginya Sebelum Hari Lahir… Coretan Kakak Arwah Anis Soffiyya Buat Ramai Menangis

Tanggal ulang tahun kelahiran arwah Anis Soffiyya, seorang mangsa tragedi bas UPSI yang menyayat hati, menjadi momen yang cukup memilukan buat ahli keluarganya. Lebih menyentuh jiwa, perkongsian kakaknya sempena tarikh kelahiran adik tersayang itu tular di media sosial dan membuat ramai netizen sebak.

Menurut perkongsian tersebut, arwah sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya hanya beberapa hari selepas kejadian. Namun, takdir Allah lebih dahulu menjemputnya pulang.

Beliau turut berkongsi gambar kenangan Anis Soffiyya yang kelihatan ceria dan penyayang terhadap keluarga, serta video kenangan terakhir bersama adiknya itu.

Meninjau ke akaun Tiktok bernama onlysy4h._ yang merupakan akaun milik kakak kepada arwah Anis Soffiyya telah meraih perhatian ramai. Kakak kepada Anis ini membuat posting bersempena ulangtahun kelahiran adiknya yang jatuh pada hari ini.

- IKLAN -
@onlysy4h._ happy birthday bidadari syurga umi & kakak, harini cukup 20 dik🥹 @cnasuhanamat #CapCut #upsi #upsiberduka ♬ suara asli – aysss – elisa

Menurut kakaknya, Anis merupakan seorang adik yang baik dan rapat dengannya. Pelbagai aktiviti dilakukan mereka bersama. Anis gemar mengambil gambar kakaknya dan juga suka memakaikan inai di jari kakaknya. Kini, segalanya tinggal kenangan.

Tiada lagi gelak tawa Anis ketika mereka bersama-sama menonton televisyen. Pemergian Anis amat dirasai oleh ahli keluarganya terutama buat kakaknya. Apa yang berlaku dalam kehidupan kini semangnya tidak disangkakan, namun kakak Anis redha akan pemergiannya.

Perkongsian ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Turut dikongsikan sekeping gambar Anis bersama kakaknya itu. Kedua adik- beradik ini cukup cantik dan manis. Segala kenangan bersama Anis pasti tidak akan dilupakan oleh kakaknya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ramai yang meninggalkan komen dengan emoji tangisan dan kata-kata semangat buat keluarganya.

“Sedih sangat tengok wajah arwah, nampak lembut dan baik orangnya. Moga ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis seorang pengguna.

“Tak sangka ajal menjemput beberapa hari sebelum hari jadi. Beratnya ujian untuk keluarga,” kata seorang lagi.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Birthday arwah 15.6 kan…semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman…sy alumni upsi jugak..terkesan sngt2.. “

” Bukan sesiapa utk suruh agar tetap kuat , tapi semoga kalian berjumpa lagi di syurga nanti.. walaupun xknl tapi kehilangan mrka terkesan stu ngara smoga trus kuat kak.. “

” Birthday arwah sama dengan saya 🙂 , semoga arwah di tempat kan di kalangan orang yang beriman , takziah.. dalam banyak2 mangsa anis yang paling buat saya sedih mungkin sebab sebaya.. “

” Brkongsi tarikh lahir sama cuma tahun brbeza. Al fatihah buat semua yg trkorban,cantik2 belaka bidadari syurga..aamiin.. “

” Selamat ulang tahun untuk arwah, saya sebaya dengan dia, terkesan sangat walaupun tak kenal, semoga kakak dan keluarga dipermudahkan urusan ye.. “

” Hari ni ya hari lahir arwah . Allahuakbar semoga tabah ya walaupun perkataan tabah tu cuma senang diungkapkan tapi yang melaluinya tak semudah tu. Semoga arwah tenang di sana.. “

” Cantikny arwah awk kehilangan adik. sy kehilangan arwah kakak  semoga terus kuat semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Aamiin.. “

Rakan-rakan dan pensyarah arwah juga turut berkongsi rasa kehilangan yang mendalam terhadap seorang pelajar yang dikenal sebagai peramah, rajin dan bersemangat tinggi dalam pelajaran.

Meskipun arwah sudah tiada, kasih sayang kakaknya dan seluruh keluarga tetap kekal utuh – menjadi bukti betapa kuatnya hubungan adik-beradik yang tidak akan pernah luput walau dipisahkan oleh dunia.

Kini ulangtahun kelahiran Anis hanya menjadi ingatan sahaja tanpa lagi kehadiran Anis di sisi. Hanya gambar dan video menjadi tatapan. Semoga roh Anis Soffiyya Md Zaidi di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Anis dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Sumber : Tiktok onlysy4h._