“Pelumba Negara maut dit3tak kawan sendiri..” Netizen Sebak dgr ini permintaan terakhir Arwah..
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara Elly Idzlianizar Elias disebabkan kecederaan parah akibat ditetak selepas terbabit dalam pergaduhan di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat mengenai pergaduhan telah berlaku di Taman Behor Gonchar Jaya di sini pada 11.13 malam.
Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 40 tahun dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah sebelum pergaduhan tercetus.
“Polis menerima maklumat mengenai pergaduhan telah berlaku di Taman Behor Gonchar Jaya pada 11.13 malam, Selasa lepas dengan butiran bekas pelumba negara itu cedera parah dan telah dihantar ke HTF dengan menaiki ambulans.
“Mangsa disahkan meninggal dunia lebih kurang 12.01 tengah malam, 11 September. Hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar, Kedah) mendapati mangsa maut disebabkan pendarahan teruk akibat luka tetakan berganda sebanyak 12 kesan tetakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Yusharifuddin berkata susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 51 tahun dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di beberapa lokasi berasingan sekitar Perlis semalam dan merampas sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter (cm) dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai kawan kepada mangsa dan punca kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham sekali gus menjurus kepada motif pergaduhan sehingga menyebabkan kematian.
“Polis turut merampas sebuah kereta jenis proton Iriz warna biru dengan keadaan cermin hadapan retak dan terdapat kesan tompokan serta kesan warna merah dipercayai darah.
“Hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek mempunyai antara empat hingga 11 rekod lampau melibatkan kes jenayah (seperti) kes cubaan bunuh, ugutan jenayah, khianat dengan api, merusuh menggunakan senjata, curi kenderaan, judi dan dadah,” katanya.
Beliau berkata kesemua suspek ini direman hingga 17 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Untuk rekod, Elly Idzlianizar mula mencipta nama dalam perlumbaan tempatan Cub Prix dan turut terpilih untuk menyertai program pencarian pelumba atas tiket peluang khas negara untuk beraksi dalam Grand Prix Malaysia pada 2009.
Kredit– BERNAMA
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.