“Ayah, cukup yang simple je…” – Kisah Nurly Pilih Kereta & Impian Jadi Guru Pendidikan Khas Buat Ramai Menangis

Video ayah arwah Nurly Sahirah ( UPSI ) kongsi cerita mengenai sikap Nurly buat ramai sebak. Part ayah suruh Nurly pilih kereta dan kenapa arwah pilih untuk jadi guru pendidikan khas tu sedih dengar. Murninya impian Nurly.. 

Pemergian arwah Nurly Sahirah, salah seorang mangsa nahas bas pelajar UPSI yang mengorbankan 15 nyawa, terus menyentuh hati ramai. Terbaru, sebuah video perkongsian dari bapa arwah sendiri telah mengundang sebak warganet apabila beliau menceritakan sikap anaknya yang cukup sederhana dan punya impian yang sangat mulia.

Menurut ayah arwah, Nurly bukanlah seorang yang banyak meminta. Bahkan ketika disuruh memilih kereta untuk kegunaan sendiri, arwah cuma berkata, “Ayah, cukup yang simple je… kereta biasa pun dah okay.”

Ayahnya turut berkongsi yang Nurly telah memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Khas kerana ingin membantu anak-anak istimewa. Kata-katanya kepada keluarga, “Mereka perlukan cikgu yang sabar dan faham mereka. Saya nak jadi salah seorang yang boleh bantu,” ternyata meninggalkan kesan mendalam buat semua.

“Dia tak pernah minta lebih, selalu utamakan orang lain. Bila dia cakap nak jadi cikgu pendidikan khas, saya terus rasa bangga. Tapi tak sangka… itu rupanya jalan terakhir dia sebelum pergi,” luah si ayah dalam nada sebak.

Sehingga ke hari ini, kediaman arwah Nurly Sahirah masih belum putus menerima kunjungan daripada orang ramai. Mereka mengambil peluang untuk melihat dengan mata sendiri keunikan Al-Quran hasil tulisan tangan Nurly. Di samping itu juga, banyak kisah Nurly yang dapat didengar dari mulut ayah Nurly sendiri, Encik Azman.

- IKLAN -

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Izz Kerja Kayu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Encik Azman bercerita mengenai kisah kereta Nurly. Kata Encik Azman, Nurly tidak pernah meminta-minta dan Encik Azman sendiri meminta untuk Nurly menyebut satu nama kereta untuk dibelikan.

Video yang kini tular di media sosial memperlihatkan betapa besar jiwa seorang gadis muda bernama Nurly. Dalam usia yang masih muda, beliau telah menunjukkan kematangan luar biasa; penuh kasih, rendah diri, dan punya impian yang cukup suci.

Tidak mahu kereta yang mewah dan mahal, Nurly cuma menyebut kereta Perodua Bezza. Apa yang menyentuh hati, kereta tersebut tidak sempat langsung Nurly pandu dan masih elok berbungkus di dalam garage kereta. Sikap Nurly yang tidak mengutamakan harta dunia ini menyedarkan kita.

- IKLAN -

Encik Azman juga berkongsi cerita jawapan yang Nurly berikan apabila ditanya mengapa arwah mengambil jurusan Pendidikan Khas. Sungguh murni niat dan impian Nurly untuk anak bangsa. Keikhlasannya untuk mengajar, namun tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput.

Jom tonton video di bawah :

@izkerjakayuSyurga buatmu adik nurly syahirah. Langsung tak nak kt dunia. Sbb dia tahu kehidupan yg kekal abadi di akhirat sana😭😭😭😭

♬ original sound – Iz kerja kayu empire

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan kagum dengan peribadi arwah.

“Ya Allah, mulianya hati arwah. Tenanglah di sana wahai bidadari syurga,” tulis seorang netizen.

“Macam dah tahu dia nak pergi, tapi tetap tinggalkan kenangan yang sangat indah buat semua,” tambah yang lain.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sebaknya bila arwah cakap nak jadi cikgu pendidikan khas. tak semua nak didik anak istimewa.. anak solehah lahir dari ibubapa soleh solehah. tahniah pcik. keluarga anda hebat.. “

” Hebatnya nurly syahirah. Membanggakan ibubapa dunia dan akhirat.. patut arwah hebat, tak pandang harta dunia.. syurga utkmu Nurly.. nama seindah amalanmu.. “

” Allah ambik Org yg dia sayang tapi Allah ganti sedikit kegembiraan pada Mak Ayah arwah Nurly Syahirah. Mak ayah mana tak sedih ank meninggal tapi dgn kunjungan tak henti dr org ramai inshaAllah Allah sedang rawat hati mak ayah arwah Nurly. InshaAllah semua insan2 hebat dlm keluarga ni.. “

” Insan yg menggerakkan & membuka hati ramai org termasuk aku. Untuk lebih banyak baca Qur’an bkn novel.. Tak dikenali sewaktu hidup… Tp sangat TERKENAL, selepas pemergiannya… Betapa kematiannya menghidupkan jiwa².. “

” Akhirat mendahului.. dunia akan kejar.. Apa yg berlaku adalah ASBAB.. ALLAH punya Kuasa, MANUSIA tiada kuasa.. kes adik Nurly ini ALLAH beri petunjuk kpd kita semua.. bagi kehidupan yg lalai, menjunjung Dunia.. berbaliklah kpd ALLAH yg menghidupkan kita, marilah Akhirat kita junjung.. Dunia bkn dihati.. fikir2 dan renungkan.. “

” Redha seorang bapa… hati tenang sbb anak yg pergi membawa bekalan yg teramat2 cukup sbgai hamba utk diprsembahkan pd yg esa.. gmbira tp penuh dgn kerinduan.. “

Kisah Nurly Sahirah yang membawa keinsafan dalam diri kita yang mendengar cerita ayahnya. Apa yang di ada di dunia hanya lah sementara kerana akhirat abadi selamanya. Semoga kita semua juga dikurniakan pengakhiran yang baik sebagaimana Nurly Sahirah.

Pemergian Nurly bukan saja satu kehilangan buat keluarga dan rakan-rakan, tetapi juga buat dunia pendidikan yang mungkin kehilangan seorang guru yang sangat istimewa. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Tiktok Izz Kerja Kayu