
Kalau ada kes viral, jangan sebar berita palsu.
Kalau setakat dengar-dengar cakap orang dan belum disahkan kesahihan, jangan terus sebar.
Cuba sahkan terlebih dahulu.
Banyak info palsu yang tersebar untuk kes ini.
Kesian si ayah dan si ibu yang menerima ratusan call dan ribuan wasup tetapi hampir majoritinya palsu.
Pihak keluarga sampai di Besut pada pagi tadi.
Mereka dari Johor.
8 jam memandu.

Tanpa tidur.
Sampai je di Besut mereka terus ke Hospital Besut dan klinik yang berhampiran untuk mengesahkan info yang kononnya 4 beranak dimasukkan ke wad sejak 4 hari lalu akibat denggi.
Merata tempat mereka pergi.
Banyak orang mereka jumpa.
Alhamdulillah mereka dapat maklumat yang tepat apabila mereka sendiri pergi ke kawasan jeti dan pekan Kuala Besut.
Saya juga bergerak mengumpul maklumat dari semalam lagi.
Saya hubungi orang yang tepat untuk dapatkan maklumat.
Saya berhubung direct dengan anggota polis.
Saya berhubung direct dengan ayah kepada 2 kanak-kanak tersebut.
Info palsu yang mana tempek di posting saya semua saya padam.
Banyak info copy paste dan screenshoot.
Ada info kata dah jumpa dan kes telah selesai.
Sedangkan pada masa tu pihak PDRM masih mengumpul maklumat.
Berpuluh resort pihak PDRM periksa senarai pelanggan yang mendaftar masuk.
Polis yang bertugas di Pulau Perhentian tu tak tidur 1 malam cari mereka berempat.
Pulau tu bukan kecik.
Nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat kena naik bot.
Ada info kata kereta dijumpai di kawasan jeti.
Mereka tak tahu yang habis segenap pelusuk kawasan jeti saya dah masuk hingga ke lorong mati untuk cari kenderaan mereka.
Saya cari hingga ke Bukit Keluang kerana mereka ada hiking bukit tersebut sebelum disahkan hilang.
Semua resort saya masuk intai kenderaan mereka.
Semua jalan pesisir pantai saya lalui.
Moga kita semua lebih berhemah dalam memberikan sebarang info.
Jangan sebar info palsu yang menyusahkan pihak berkuasa serta merisaukan ahli keluarga mangsa.
Terima kasih kepada semua yang menyalurkan info yang tepat dan betul.
Anda semua memang terbaik.
Kereta yang dinaiki 4 beranak ini ditemui di sebuah kedai makan di Kluang, Johor.
Gambar ini dihantar oleh seorang rakan facebook saya di ruangan komen posting saya.
Sahabat kami telah bergegas ke kedai tersebut dan mendapati kereta ini telah tiada di kedai itu.
Pemilik kedai telah mengesahkan mereka 4 beranak ada berhenti dan makan di kedai tersebut dan seorang lelaki dipercayai salah seorang yang hilang dalam kes ini iaitu Aiman Rafee telah membayar makanan yang mereka makan.
Alhamdulillah mereka telah disahkan selamat tiba di rumah mereka di Kluang Johor.
Ahli keluarga mereka dari Johor yang datang ke Terengganu pagi tadi sekarang sedang dalam perjalanan pulang ke Johor.
Mereka telah berhubung dengan saya.
Punca mereka sekeluarga terputus hubungan adalah kerana telefon milik mereka rosak akibat dimasuki air ketika aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian pada 29/9/2023.
Sejak dari itu mereka gagal dihubungi hingga ke hari ini.
Diharapkan tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini.
Kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak berwajib sebentar nanti.
Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dalam usaha mencari ini.
Terima kasih pihak PDRM, pengusaha resort dan hotel Pulau Perhentian, pengusaha bot Pulau Perhentian dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.
P/s : Saya nak rehat sekejap.
Dari semalam mencari hingga ke tengah hari ini.
Telefon tak berhenti berbunyi dari semalam hingga sekarang.
Mohon maaf jika panggilan tidak dijawab.
-JNZA Gaung Global khidmat komuniti percuma- via FB
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply