Puteri Sarah Liyana Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Hilang’ Dari Laman Sosial – “Dia Hubungi Saya Pun Untuk Jumpa Anak”

Kali terakhir pengarah dan pelakon Syamsul Yusof berkongsi aktiviti di laman Instagram miliknya pada November tahun lalu dan sejak itu dia kelihatan tidak lagi aktif.
Ketika ditanya bekas isteri, aktres Puteri Sarah Liyana berkata dia tidak mengetahui perkara itu kerana berhubung dengan Syamsul hanya atas urusan anak-anak mereka sahaja.

“Kita semua dekat KL saja… kalau katakan raya pertama itu, dia nak datang jumpa anak-anak okay saja. Saya pun masih berhubung dengan dia, cuma untuk anak-anak saja.
“Sebenarnya saya pun tak tahu (Syamsul lama tak aktif IG). Apa yang saya tahu, dia datang untuk jumpa anak-anak saja. Dia hubungi saya untuk jumpa anak saja.

“Saya pun tak pernah tanya apa-apa dekat dia kalau dia mesej nak ambil anak. Ikutkan waktu dia ambil anak pun saya tak ada. Sebab saya sibuk dengan perniagaan,” katanya kepada Gempak.

Terdahulu, isteri kepada Syamsul iaitu Ira Kazar dikatakan sedang hamil dan juga sudah tidak lagi aktif memuat naik sebarang perkongsian di laman sosial.

Bagaimanapun sehingga kini, Syamsul dan Ira masih membisu semenjak kontroversi perkahwinan mereka.

Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.