” Datuk Yusuf and wife nmpk happy sangat.. Suka tgk Sarah, walaupun dah x apa2 dgn Sol tp masih hormat family sol.. ”
Menerusi akaun Instagram Puteri Sarah Liyana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri Sarah bersama kedua orang ibu bapanya dan ahli keluarga yang lain meraikan hari lahir anak kedua Puteri Sarah, Sumayyah di sebuah restoran.
Turut sama kelihatan adalah bapa dan ibu mertua Puteri Sarah, Datuk Yusuf Haslam dan Datin Patimah. Suasana mula meriah apabila beberapa orang pekerja restoran itu membawa 2 biji kek ke arah tempat duduk Sumayyah sambil menyanyikan lagu happy birthday.
Bukan hanya keluarga Puteri Sarah yang menyanyi, malah pelanggan seisi restoran juga turut sama menyanyikan untuk Sumayyah. Gembira wajah Sumayyah diraikan oleh semua ahli keluarga kesayangannya itu. Syaikhul pula kelihatan mengusik Sumayyah dengan mencuit pipi adiknya itu.
Sambutan yang simple dan sederhana tetapi penuh bermakna untuk Sumayyah. Ketawa gembira Puteri Sarah kerana sambutan yang diberikan oleh seisi restoran. Untung Sumayyah, ramai yang sayang terutamanya kedua orang atuk dan neneknya itu.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sarah dan adik-adiknya memang jenis suka buat muka kelakar memang jadi meriah majlis.. happy birthday adik sumayyah semoga sihat selalu berjaya di Dunia Dan akhirat.. ”
” sumayyah happy brsama ibu, atok Dan nenek.. happy besday Sumayyah the cute girl.. semoga menjadi anak kebanggaan selalu.. ”
” Sekarang Baru Tahu sumayyah ikut perangai mak sedara dia rupanya… suka buat muka lawak… hahhaah.. ”
” Sumayyah selalu buat muka dah tahu ikut siapa.. happy birthday adik summayyah.. Ramainya excited eh suka suka.. ”
” Beruntng Siapa yg punyai Ibu mentua dn Bapa mentua yg baik Sygi kita jaga hati mereka dgn sebaik nya contoh trbaik utk kita Semua.. ”
” Alhamdulilah semua kat situ sporting meriah besday sumayah.. semua satu restoran wish.. bestnya.. datuk dn datin pn dtg.. trbaik lh.. ”
” Datuk Yusuf and wife nmpk happy sangat.. Suka tgk Sarah, walaupun dah x apa2 dgn Sol tp masih hormat family sol.. ”
Sporting semua, bergema dengan lagu happy birthday. Adik beradik Puteri Sarah pun perangai g1la-g1la dan masuk air. Patut lah Sumayyah suka buat mimik muka comel, ikut perangai mak sedara rupanya. Apa-apa pun, selamat hari lahir Sumayyah dan semoga Sumayyah gembira selalu bersama keluarga tersayang.
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana Fans, IG Patimah8057
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.