Air Mata Abby Menitis – “Saya Terkesan Dengan Apa Yang Berlaku Pada Marissa”

Di sebalik isu yang sedang menghangat, Marissa Dania Hakim sebenarnya mempunyai latar belakang pendidikan agama yang cukup baik. Sebelum ini, gadis tersebut pernah menuntut di Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Rembau, Negeri Sembilan dan berjaya menamatkan pengajian dengan pencapaian cukup membanggakan.

Saya sedia tempat tinggal, makan minum segala, hidup berangan macam orang kaya, tiba-tiba jadi macam ni

Mengenang apa yang sudah terjadi, Abby Abadi sebagai ibu akui dirinya cukup terkesan dengan tindakan Marissa. Tambahan pula selama ini, dia sebagai penjaga sudah cuba lakukan yang terbaik dalam memberikan kehidupan selesa kepada anak-anak. Pastinya apa yang berlaku benar-benar berada di luar jangkaan Abby sendiri. Maka, bukan semudah itu untuknya berlapang dada menerima dugaan hebat sebegini rupa.

Dengar jelah luahan hati seorang Mama yang sedih dan sayu…Yang lalui saja akan faham

Bercakap tentang jemputan oleh pihak Astro Gempak ke sebuah rancangan televisyen, awalnya Abby gusar andai dia tersalah cakap perkara tidak sepatutnya. Di kesempatan ini juga, pelakon ‘Gerak Khas’ tersebut meminta maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang terpalit sama dengan isu Marissa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Semoga Marissa dengar isi hati ibunya ya

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memberikan sokongan moral terhadap Abby. Juga bergelar seorang ibu, mereka cukup memahami dilema yang sedang dirasakan oleh aktres berkenaan.

KREDIT : IG mamayebbyyabadi

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.