“Dia Lelaki Green Flag” – Bella Astillah Akhirnya Buka Hati Mengenai Syed Saddiq

- IKLAN -

Hubungan rapat antara penyanyi terkenal, Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, bukan lagi rahsia. Pasangan ini kerap tampil bersama dalam pelbagai kolaborasi, antaranya sebagai jurucakap dan duta jenama tempatan.

Disebabkan keserasian mereka, ramai netizen yang mahu melihat Bella dan Saddiq melangkah lebih serius ke alam perkahwinan. Namun, kedua-duanya sebelum ini memilih untuk lebih berhati-hati, enggan terlalu terbuka soal peribadi.

Namun, baru-baru ini, Bella akhirnya secara jujur meluahkan perasaannya mengenai Syed Saddiq ketika ditanya sendiri oleh abang kepada ahli Parlimen tersebut, iaitu Syed Abdullah.

Dalam satu sesi santai, Bella tanpa berselindung mengakui gembira mengenali lelaki seperti Syed Saddiq yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat baik dan “green flag”.

“Saya gembira. Dia sangat baik, dia lelaki ‘green flag’. Bella rasa bila jumpa YB Syed Saddiq ni, Bella tengok dia macam lelaki versi Bella Astillah.”

@kitsuimalaysia Dia lelaki versi Bella Astillah….🥺🥹❤️‍🩹💐 #kitsuibass #bass #kitsui #bellaastillah #syed ♬ original sound – Kitsui Malaysia

Jawapan spontan Bella itu ternyata membuatkan Syed Saddiq dan Syed Abdullah tersenyum gembira. Malah, netizen yang melihat video tersebut juga turut sama tersenyum bahagia melihat perkembangan positif hubungan mereka berdua.

Dalam satu hantaran TikTok daripada jenama terkenal Kitsui pula, adik Bella iaitu Didie turut meluahkan rasa sebak sambil menitiskan air mata. Didie menyatakan betapa dia bersyukur kehadiran Syed Saddiq dalam kehidupan kakaknya adalah sebahagian daripada perancangan indah Allah SWT.

Didie juga mengucapkan rasa terima kasih kepada Syed Saddiq yang dianggap seperti abang sendiri, membuatkan suasana bertukar emosi apabila Bella turut dilihat bergenang air mata.

Di ruangan komen pula, ramai netizen mendoakan agar hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq akan berterusan hingga ke jinjang pelamin, bukan hanya sekadar kolaborasi produk semata-mata.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua. Bella Astillah memang layak mengecapi bahagia selepas pelbagai dugaan yang dilaluinya selama ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*