UKE dedah pelawak dulu sampai sekarang dia tk mlskin, sekali ramai petik jep. Rupanya ini sbbnya

Bukan semua selebriti gemar menunjukkan kemewahan di media sosial kerana ia lebih bersifat privasi. Kebanyakan mereka lebih selesa memuat naik perkara berkaitan kerjaya dan hasil karya mereka untuk dikongsikan kepada peminat.

Ustaz Kazim dedah pelawak suka sedekah

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai firdauszuki, dia telah memuat naik semula potongan ceramah dari pendakwah bebas iaitu Ustaz Kazim Elias yang mencerita kebaikan seorang selebriti yang suka bersedekah.

Memetik dari cerita yang disampaikan, Ustaz Kazim memaklumkan yang jiran kepada pelawak berasal dari Johor itu memaklumkan bahawa bil-bil elektrik di masjid dan surau-surau sekitar kampungnya telah dibayarkan oleh pelawak itu.

“Pelawak ni, bil elektrik di masjid, di surau kampungnya dia yang bayar.

“Mak bapak dia pulak, anak tak bagi berniaga dah, tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai macam mana dengan nasib pekerja-pekerjanya.

“Orang tak ada duit pergi kedai, dia bagi makan percuma,

“Sejak dulu sampai sekarang dia tak miskin, kedai dia tak tutup, anak dia makin murah rezeki sebab bersedekah,

“Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah,” ujarnya.

Tengok cari kehidupan pun dah tau humble

Menjengah ke ruangan komen, ramai telah memetik beberapa nama pelawak yang berasal dari Johor. Ada di antara mereka merasakan yang pelawak serta selebriti yang dimaksudkan adalah Jep Sepahtu memandangkan ibunya mempunyai kedai makan di kampung halaman.

 

Walau bagaimanapun, Ustaz Kazim tidak pun mendedahkan identiti sebenar selebriti itu, namun apa yang dilakukan sememangnya memberi contoh baik kepada semua lebih-lebih lagi peminatnya yang sentiasa memberkan sokongan.

Sumber : Ohmymedla

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*