Didakwa Boleh Tembus Ke Mekah, Gua Safarwadi Di Indonesia Jadi Tumpuan Ramai
Gua Safarwadi Pamijahandi di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tumpuan orang ramai selepas tular dakwaan bahawa gua berkenaan boleh menembusi sehingga ke Kota Suci Mekah, lapor Suara.com.
Selain di dakwa boleh menembusi sehingga kota suci umat Islam itu, gua berkenaan juga didakwa mengandungi air mata yang berkhasiat.
Sebuah video yang merakam suasana sesak orang awam berkumpul di gua berkenaan turut menjadi tular di media sosial.
Gua Safarwadi di Indonesia jadi tumpuan ramai selepas didakwa boleh tembus sehingga ke Kota Suci Mekah
@sopian_sq Tour Ziarah To Pamijahan Tempat Bersejarah Para wali #fypシ゚viral🖤tiktok #santripondok #syekhabdulmuhyipamijahan ♬ suara asli – Sopian. Sq
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat ada segelintir pengunjung turut mengalunkan ayat suci Al-Quran dan melaungkan lafaz talbiyah.
Lafaz talbiyah adalah lafaz yang yang dilaungkan oleh jemaah haji saat berada di Kota Suci Mekah.
Dakwa akaun tersebut lagi, jumlah pengunjung ke gua berkenaan juga boleh meningkat sehingga mencecah 10,ooo orang terutamanya pada hari-hari kebesaran umat Islam, seperti musim haji.
Bagaimanapun, dakwaan bahawa gua berkenaan mampu menembusi sehingga ke Kota Mekah mendapat pertikaian daripada warganet disana selepas menjadi tular di media sosial.
Kata warganet, sekiranya benar dakwaan berkenaan, maka perkhidmatan agensi membawa jemaah untuk menunaikan haji dan umrah di negara tersebut sudah lama berkubur.
Justeru, mereka mengingatkan penduduk setempat agar lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan dakwaan-dakwaan yang dibuat.
Menurut Suara.com, Safarwadi membawa maksud jalan yang berada di atas jurang, sesuai dengan lokasi gua berkenaan yang terletak diantara dua bukit di pinggir sungai.
Struktur semula jadi itu dikatakan memiliki panjang sekitar 284 meter dan mempunyai kelebaran seluas 24.5 meter.
Gua berkenaan menjadi antara destinasi utama dilawati orang luar apabila mereka berkunjung ke Pamijahandi.
Sumber: Suara.com
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.