Liang lahad Kapten Shahrul terlihat indah, penggali kubur dedah seperti kuning emas
Keadaan pusara juruterbang kepada pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan telah dikongsikan di media sosial baru-baru ini sehingga mendapat perhatian ramai.
Terlihat berlapis-lapis seperti pelangi
Mana tidaknya, menerusi perkongsian Mazlan Salem di TikTok, liang lahad allahyarham terlihat begitu indah apabila seperti warna pelangi dan dalam keadaan cantik.
“Hari ni dah masuk hari ketiga dah, jenazah yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, InsyaAllah lepas Zohor atau Asar hari ni, Ahad.
“Kebetulan hari ni ada satu lagi kematian. Seawal 7 pagi dah punchcard kat sini. Jadi, ada yang teruja dengan keindahan pelangi ni. Ini pandangan daripada dalam.
“Pandangan dari lubang kubur dia. Ia memang berlapis-lapis macam ni. Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning. Ada lapan warna berbeza,” ujarnya.
Pengalaman pertama terjadi
Menurut pemilik video yang juga merupakan penggali kubur di kawasan berkenaan, kejadian seperti itu merupakan kali pertama berlaku sepanjang dia menguruskan pengebumian jenazah di lokasi terbabit.
Dia memaklumkan yang sepanjang minggu, lebih kurang dua atau tiga liang lahad digali dan pengalaman tersebut adalah kali pertama terjadi.
Warna seperti kuning emas
Dapat dilihat yang keadaan liang lahad berkenaan berwarna keemas-emasan dan berlapis-lapis sehingga ke permukaan paling bawah.
Kondisi tanah juga sangat cantik dan seperti menyambut baik ‘kehadiran’ seorang insan yang telah berjasa namun terkorban sewaktu sedang bertugas.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa takjub dengan kekuasaan Allah S.W.T dan mengakui kali pertama melihat keadaan seperti ini.
Mereka juga mendoakan agar roh Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan dan kesemua mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat tempoh hari ditempatkan dalam kelangan orang-orang yang beriman.
Semoga terbuka pintu syurga untuk allahyarham
Lapisan paling bawah berwarna kuning keemasan
Cemburu lihat liang lahad arwah yang cukup indah
Terdahulu, nahas pesawat ringan yang berlaku di Elmina telah mengorbankan 10 mangsa termasuklah seorang pemandu e-hailing dan seorang penghantar makanan bermotosikal.
Kapten Shahrul Kamal telah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak lelaki berusia 3 hingga 12 tahun.
Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang pada Alad lalu.
Semoga roh allahyarham Kapten Shahrul Kamal dan kesemua mangsa berada dalam rahmat Allah S.W.T.
Sumber: TikTok mazlansalem
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.