Video Majlis Sambut Menantu Sabri Yunus Dan Angeline Tan Bertemakan Era 70an Raih Perhatian Ramai. Wah, Memang Vibe Zaman Dulu-Dulu Sangat. Pelamin Pun Legend !!
Menerusi beberapa akaun TikTok, perkongsian video ketika majlis sambut menantu Sabri Yunus dan Angeline Tan bertemakan tahun 70an telah meraih perhatian ramai. Majlis tersebut diadakan di Akademik Nik Rashiddin, Bachok Kelantan.
Walaupun Sabri dan Angeline telah bernikah pada tahun lalu, namun pasangan ini masih tetap diraikan sehingga kini. Pasangan pengantin mengenakan persalinan berwarna merah, manakala tetamu yang hadir pula perlu memakai pakaian tradisional.
Tambah menghidupkan suasana tahun 70an apabila ada tetamu yang hadir dengan mengenakan kain batik sama ada dipakaikan di kepala atau dijadikan selempang. Selain itu, tetamu juga berpeluang bermain beberapa permainan tradisional seperti congkak dan wau.
Dari segi pelamin pula, hiasan yang digunakan sangat memberikan vibe tahun 70 an. Kerusi pasangan pengantin juga menggunakan kerusi pengantin zaman tersebut. Wah, memang mengimbau kenangan zaman dahulu. Sangat meriah sekali.
Jom tonton video di bawah :
@lyalyani_ Orang ke laut menjala udang, Petang hari pasang pelita, Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari, Lemah gemalai hayun tersusun, Maklumlah dipanggil raja sehari. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Selasih, Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju mahligai kasih. #foryourpage #sabriyunuskahwin #ardiniangelinetan #sabriyunus #silangbudaya #tanahserendahsekebunbunga #tahunmelawatkelantan2024 #visitkelantan2024 #fypシ゚viral #weddingoftheyear ♬ original sound – SyireMohd
@ustaz.serban.mera Ambo ditugaskan sebagai pengawal pengantin dan penyambut pengantin yang besohor lening iaitu Sabri Yunus Dan Ardini Angline Tan #foryourpage❤❤ #fyp #sabriyunus #anglinetan #usm #tahunmelawatkelantan2024 #penghayatanmembangunbersamaislam ♬ original sound – USTAZ SERBAN MERAH
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat majlis ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sabri yunus kawin lah adat kelantan tk dilupakan meriah kan dgn tarian semua alhamdulillah.. sedap nya bunyi muzik zaman dulu2.. “
” Rindu zaman ni. adat & tradisi melayu Kelate x luput ditelan zaman..Sya sbg anak jati Kelate ttp berbangga.. macam suasana tahun 70 an jadinya.. “
” 2 budaya disatu kn.. moga kekal ke jannah wea smail golok dgn lucy.. Video ini boleh dijadikan sebagai satu dokumentari.. “
” Menyambut menantu baju merah cantik.gabung dgn tahun baru cina, ceria.. Semoga pokya dn psgn bhgia , hingga ujung usia.. “
” Alhamdulilah merah sangat lah mak ngah,ni pekej cny sekali.. bertuah nya dapat sanding lg best nyerrr.. Lawa kerusi tu. zaman dulu. punya. suka cantik.. “
” Ni klu ada budin ngan ravi mau kecoh 1 kpg.. alhamdulillah..di rai sampai ke hari ni… kalau jodoh x kemana.. walaupun hampir di hujung usia.. “
” Alhamdulillah… tp merah sgt la Mk Ngah.. pengantin yg paling netizen suka.. Aku tak tau nape bila tengok pasangan ni… Aku lak tersenyum senyum… Haishhh.. “
Inilah yang dikatakan jodoh tidak mengenal usia walaupun pasangan ini sudah di usia emas. Semoga jodoh Sabri Yunus dan Angeline Tan berkekalan hingga ke jannah, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa bahagia selalu. Amin
Sumber : Tiktok Ustazserbanmerah, lyalyani, IG Kelfoto
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.