Sekitar majlis Harijadi Anak Amyza Aznan Hidap Kanser .Netizen sebak Didie Alias menangis tgk keadaan..

Didie Alias sempat meraikan hari ulang tahun anak pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail, semalam.

Dalam hantaran media sosial, Didie yang mesra dengan panggilan Mummy, memohon doa buat Andre, 19, yang menderita kanser paru-paru tahap tiga.

“Sebenarnya, berat hati hendak muat naik (entri). Tetapi, ini hari istimewa buat Andre Mikhail, anak kepada sahabat Mummy, Amyza Aznan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

“Hari ini, ulang tahun Andre yang ke-19 . Mummy doakan Andre terus kuat ya, sayang.

- IKLAN -

“Mummy mohon doa daripada semua yang membaca (hantaran) ini, doakan buat Andre, semoga ada keajaiban buat Andre… Semoga cepat sembuh,” tulisnya.

Didie juga meluangkan waktu bagi berkongsi semangat dan kekuatan buat Amyza.

“Sempat Mummy luangkan masa walaupun sekejap dengan sahabat Mummy. Beri semangat dan sedikit senyuman kepadanya… Walaupun Mummy tahu berat sangat dugaannya.

- IKLAN -

“Sama-sama kita doakan buat sahabat Mummy ya,” tulisnya.

Amyza menerusi hantaran di media sosial memohon agar anaknya diberi kesihatan baik.

Sumber – BH