Dikatakan Bongkak Kerana Bercakap Bahasa Inggeris, Puteri Balqis Ashikin Bidas Dan Kongsi Rahsia Bagaimana Boleh Speaking Dengan Baik. Fuh Memang Berabuk Lah Aqish Speaking. Syok Dengar, Terbaik Lah Aqish !!

Puteri Balqis Ashikin pernah jatuh dan kini si cantik ini bangkit kembali dan ternyata mendapat sambutan daripada semua pencinta drama Melayu tempatan. Mesra dengan sapaan Aqish, anak muda ini juga seorang yang bijak dan matang dalam pertuturannya.

Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aqish menjawab soalan wartawan mengenai pujian dan kecaman yang diterima setelah tular video Aqish yang fasih bercakap dalam bahasa Inggeris. Kata Aqish, berbahasa Inggeris bukan kerana bongkak tetapi sebab pendidikan.

Tambah Aqish lagi, dalam industri ianya penting untuk tahu dan fasih berbahasa Inggeris. Untuk dapat fasih seperti ini bukan sesuatu yang mudah. Aqish berkongsi cerita bagaimana ibunya berusaha agar Aqish dapat menjadi pelajar yang bijak dalam bahasa Inggeris.

Aqish juga banyak menonton daripada Youtube dan berbual dengan rakan-rakannya yang juga warganegara asing. Aqish juga menyatakan jika diberikan peluang untuk berlakon dalam filem luar negara, ianya akan disambut dengan senang hati namun tidak akan sesekali lupa asal usulnya.

Jom tonton video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Saya doakan semoga Ada brand2 yg besar untuk jadikan dia jurucakap/duta produk mereka kerana bakat yg dia Ada jgn Di sia2kan. Semoga morosechild terus success Dan mencapaia kejayaan demi kejayaan dlm hidupnya.. aaamiiin.. ”

” Terbaiklah speaking aqish.. english aqish sebutir ii nice. im crushing on her.. she’s amazing classy.. ”

” Makin besar makin iras fasha sandha.. tambah pulak speaking tu alahai perfect dah.. Importantly melayu die tak sheng sheng sheng. Die bunyi belacan jgk. Yes aqish! Education is important indeed.. ”

” Pandai , ckp melayu pon tkdek sleng2 mcm org yg acah2 speaking tuh , walhal speaking yes or no jer , die punye bahasa melayu … pelat mcm lahir kt london.. ”

” Dari dulu suka cara aqish cakap.. penuh sopan, lemah lembut, down to earth.. xpenah ninggi diri.. n nampak aqish pndai bawak diri n semoga aqish berjaya dunia akhirat.. ”

” Suka dgr aqish dgn nadia aqilah ckp english .. kalau dgr tak tgk muka mesti ingt mmg org putih yg ckp .. pastu bila diaorg ckp melayu pun tkda pelat2 slang2 omputeh.. ”

” Dia tak kosong guys, budak bijak ni selaras dengan bakat. adore gila dari dia kecik. Sampai lah dia jatuh and bangkit semula.. You go gurl.. ”

Betul kata Aqish, ianya semua tentang pendidikan dan satu keperluan untuk semua. Semoga ada rezeki Aqish untuk melebarkan sayapnya ke luar negara dan mencipta nama. Apa-apa pun, segala tips yang diberikan oleh Aqish ini boleh lah dipraktikkan oleh semua untuk fasih berbahasa Inggeris.

Sumber : IG Astro Gempak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.