Tahniah. Noh Hujan Dikatakan Dah Bertunang. Wanita Pilihan Bukan Calang-Calang Orang

Petaling Jaya – Penyanyi, Noh Salleh didakwa sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa di Putra Heights, di sini, hari ini.

Sumber berkata, majlis diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat.

Difahamkan, wanita itu adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Sekadar info, Mohammad Noh Salleh atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan atau Noh Phrofile merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia.

Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris utama kumpulan muzik rock Malaysia, Hujan. Beliau juga merupakan seorang penyanyi hip hop dahulu kerana pernah menganggotai kumpulan MIX sekitar tahun 2004 hingga 2006, dan sempat melancarkan album Mula Dari Dulu yang diterbitkan oleh Cat Farish.

Sebelum ini, Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai awal Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan pada April tahun lalu.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*