“Sedar diri.. Jangan dah hujung bulan pinjam duit orang tak bayar” – Ryzal Ibrahim
Baru-baru ini, pempengaruh Ryzal Ibrahim teruk menerima tohmahan netizen selepas memuat naik sebuah content rutin harian kehidupan B40 di Instagram miliknya.
Dalam video berkenaan, Ryzal menunjukkan rutin harian seperti membeli barang runcit di pasar raya berjenama besar serta membeli air Evian yang dikatakan seperti golongan T20 oleh netizen.
Ekoran itu, video tersebut telah menimbulkan rasa amarah segelintir pihak yang mendakwa Ryzal seakan ‘menghina’ golongan B40.
Menjengah ke Instagram suami kepada pempengaruh Maryam You Narae, dia menegaskan tidak akan meminta maaf kepada umum atas tindakannya itu.
Katanya, perbuatan tersebut tidak mempunyai sebarang kesilapan.
Dalam pada itu, Ryzal turut menjelaskan pilihannya untuk tidak memohon maaf adalah kerana sekiranya golongan B40 menghina T20, mereka (T20) tidak terus melenting.
“Let them realize how do we feel when the B40 makes fun of the T20. I won’t be apologize for this one, no mistake here. Simple content. Sedar diri.. jangan dah hujung bulan pinjam duit orang tak bayar.
“Ramai B40 menganjing T20. Diorang okay je, rileks,” ujarnya menjawab tohmahan netizen.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.