Baru Bersalin, Ibu Sedih Tetamu Datang Ziarah Cuma Bawa Hadiah Untuk Bayi Saja
Sudah menjadi kebiasaan apabila menziarahi ibu-ibu yang baru bersalin, ramai orang cenderung membawa hadiah untuk bayi misalnya barangan seperti baju seluar, sarung tangan, sabun mandian ataupun alat-alat permainan. Namun, pernahkah kita terlintas untuk membawa sesuatu buat si ibu?
Tak sabar untuk balik, untuk disambut, diucapkan terima kasih kerana dah berjuang
Mungkin ramai yang tidak menyedari perkara itu, namun perkongsian daripada wanita bernama Mei Hardianti ini pastinya akan membuatkan kita terfikir sejenak. Baru pertama kali melalui pengalaman beranak, awalnya Mei tidak sabar untuk pulang ke rumah dan diraikan selaku ibu yang baru habis berjuang.
Saat buka satu persatu hadiah, berharap ada 1 saja hadiah untukku, tapi tiada
Akan tetapi, perasaan Mei menjadi bercampur baur kerana ‘penghargaan’ yang diharap olehnya cumalah satu bayangan kosong. Seperti wanita-wanita lain umumnya, dia juga mendapat banyak hadiah daripada tetamu yang datang melawat ketika berpantang. Namun jauh di sudut hati, dia sedikit sedih kerana antara puluhan kotak itu, tiada satu pun hadiah yang dititipkan untuknya.
Aku juga manusia biasa yang perlu ‘pengakuan’
Bukanlah tidak bersyukur, tetapi dia juga seorang manusia biasa yang mahu rasa dihargai oleh orang sekeliling. Apalagi perjalanan untuk melahirkan zuriat bukanlah hal mudah.
Yang sis ni maksudkan bukan soal hadiah, tapi ucapan yang kita ingin dengar selepas melahirkan
Menjengah ke ruangan komen, ramai begitu memahami konteks sebenar yang cuba disampaikan oleh Mei. Dilema sebegitu juga pernah dirasai oleh mereka bila mana orang sekitar lebih banyak menumpukan perhatian kepada bayi berbanding si ibu yang penat berjuang melahirkan.
KREDIT : TikTok Mei Hardianti
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.