Ekin, Mawi dedah harga makan keterlaluan, akhirnya pemilik kedai pula tampil
Mawi dan isteri, Ekin sebelum ini dikatakan telah terkejut dengan harga makanan di sebuah kedai makan di Johor.
Kata Ekin, dia dan keluarga telah dikenakan harga yang keterlaluan iaitu sebanyak RM1260 di sebuah medan selera makan di Johor Bahru.
Sebagai anak Johor, bagi Ekin, harga berkenaan sememangnya sudah terlebih caj.
KENYATAAN DARI EKIN MAWI
Melalui media sosial, Ekin telah mendedahkan kejadian berkenaan, yang mana itu kali pertama di nikmati juadah di kedai tersebut.
“Saya ni orang Johor Bahru, selalu balik sini dan akan cari makanan yang kami mahukan.”
“Memang kami seringkali makan di kedai JDT sebelah namun pada hari tersebut, kedai tersebut dah habis ikan bakar.”
“Kedai JDT tu harga berpatutan dan sedap, bukan semua kedai di situ cekik darah.”
“Akan tetapi, di kedai ini, pertama kali kami makan kerana masa tu tiada pilihan lain, namun ini yang terjadi.”
“Yang bestnya, resit dia ni kalau baca seratus kali pun tak faham macam tulisan doktor.”
Ekin, Mawi dan keluarga makan di kedai berkenaan pada 30 September lalu dan hal ini sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa yang akan menjalankan siasatan.
Oleh kerana ianya menjadi bualan ramai, akhirnya, pemilik kedai makan tersebut tampil membuat kenyataan.
KENYATAAN DARI PEMILIK KEDAI
Melalui satu video, seorang wanita mengatakan dia merupakan owner kepada kedai berkenaan dan tampil memberi penjelasan.
“Makcik merupakan pemilik gerai nombor 14, dan tujuan saya buat video ini untuk memberi penjelasan berkenaan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti yang tak puas hati dengan harga makanan.”
“Mereka sekeluarga datang waktu petang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak.”
“Di videonya, awak kata ikan makan dua ekor saja namun sebenarnya semuanya adalah enam hidangan.”
Pemilik kedai berkenaan menunjukkan menu yang mana Ekin dan keluarga memesan hidangan seperti, siakap tiga rasa, siakap masak steam, udang masak butter, pari bakar, sotong goreng tepung, ketam cili dan juga siput.
Selain itu, terdapat juga sayur kailan, otak-otak dan juga air minuman.
Itulah penjelasan dari pihak kedai makan nombor 14 terhadap dakwaan dari Ekin, isteri kepada Mawi.