“Arwah ayah dan ibu tak pernah berpisah” Siti Hajaar, isteri Mk
Ayah mertua penyanyi MK K-Clique, ayah kepada isterinya Siti Hajaar iaitu Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad baru saja pergi buat selamanya baru-baru ini.
Arwah menghembuskan nafas yang terakhir di sebuah pusat perubatan dan dikatakan kerana mengalami strok.
Semua tahu bahawa arwah merupakan suami kepada pelakon Noniswara, iaitu ibu tiri kepada Siti Hajaar.
Namun kini ada satu kenyataan dari Siti Hajaar tentang status hubungan antara ibu kandungnya, Datin Seri Hajah Sharifah Hasnah Syed Hussain dengan arwah ayahnya.
Melalui laporan portal Oh Bulan, ada satu komen dari Siti Hajaar yang mengatakan sebenarnya, ayahnya dan ibunya masih lagi suami isteri.
Ibu bapanya tidak pernah berpisah seperti yang pernah dikatakan sebelum ini.
Jelas wanita ini, adalah lebih baik jika seseorang itu yang tak tahu hal sebenar, untuk tidak bercakap tentangnya.
Ini komen dari Siti Hajaar tentang isu ini.
“Jika kita tidak tahu, adalah lebih baik kita berdiam diri saja, kerana khuatari ia mendatangkan benda yang tak benar. Untuk pengetahuan semua, ibu saya dengan arwah bapa saya tak pernah pun sekali bercerai.”
Pendedahan dari Siti Hajaar ini ternyata mengejutkan ramai, ini kerana semua ingatkan bahawa ibu bapanya tidak lagi bersama sebagai pasangan suami isteri.
Semasa perkahwinan Siti Hajaar dan juga MK, sememangnya ibu bapa Siti Hajaar ada datang bersama, dan mereka pun mengenakan pakaian sedondon, warna yang sama, mengikut tema.
Siti Hajaar dan MK disatukan sebagai pasangan suami isteri pada bulan enam yang lepas.
Salam takziah diucapkan buat Siti Hajaar sekeluarga di atas kehilangan orang yang tersayang, sama-sama kita doakan buat arwah Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad, seorang ahli perniagaan yang berjaya.