‘Fatin Umaidah Menipu Kata Mak Ayah Dah Mati! Aku Tak Akan Berhenti Bongkar Perangai Buruk Korang’ – Abang Ipar
Individu yang sebelum ini mengaku abang ipar kepada Fatin Umaidah meminta keluarga wanita itu untuk tampil memohon maaf kepadanya serta isteri.
Mohon maaf!
Menurut individu berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Wan, dia meminta Fatin sekeluarga berhenti mengganggu dan memburukkan namanya serta isteri iaitu Arma.
Tegas Cikgu Wan, sekiranya keluarga Fatin tidak membuat permohonan maaf, dia dan isteri tidak teragak-agak untuk mendedahkan lagi rahsia serta pekung keluarga itu kepada umum.
Fitnah mak ayah mati
Dalam pada itu, Cikgu Wan turut mendakwa Fatin sering mengugut isterinya disebabkan tidak menyokong tindakanya yang mahu bernikah dengan Alif Teega.
Malah bertambah teruk lagi, Fatin didakwa telah berbohong dengan mengatakan ibu dan bapanya telah meninggal dunia.
Terdahulu, Cikgu Wan mendakwa isterinya telah dibuang keluarga disebabkan tidak mahu bersekongkol dengan keputusan Fatin yang ingin mengahwini Alif.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai pengakuan yang dibuat pempengaruh Islamik, Alif Teega apabila dia mengumumkan sudah berkahwin dua.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Kredit-ohbulan
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.